Wednesday, 4 January 2012

ADAKAH CINTA 16

BAB 16

Akhirnya,Iqram balik jua.Apabila Iqram membuka pintu bilik,Iqram ternampak Risya lena di sofa.... Risya kelihatan tidur dengan lenanya....mungkin kerana kepenatan.Mungkin Risya menunggu aku balik agaknya...Iqram meletakkan bungkusan plastik dan berjalan menghampiri Risya.

Sungguh cantik dan manis walaupun dalam tidur.....bisik Iqram di dalam hati.Iqram merenung tajam ke wajah Risya,ingin sekali dia menyentuh seraut wajah kepunyaan Risya namun antara aku dan Risya mempunyai batas yang tidak harus aku ingkari......

Tiba-tiba Iqram terpandang di jari manis milik Risya,kelihatan sebentuk cincin berlian......yee,cincin milik Risya...iaitu cincin pertungan aku dan Risya.Selama ni,aku tidak pernah perasaan yang Risya memakai cincin pertunangan kami.Aku tahu,selama pertunangan kami juga Risya tidak pernah suka akan pertunanagan ini....tapi,atas desakkan keluarganya Risya bersetuju untuk bertunang denganku walaupun Risya tidak pernah tahu siapa tunangnya......

Tapi,sungguh sekali tidakku sangka yang Risya akan memakai cincin pertunangan kami.....Aku masih ingat lagi sewaktu mama mengajakku untuk sama-sama memilih cincin pertunanganku.... namun seribu satu alasan telah ku berikan  pada mama supaya aku tidak turut sama memilih cincin itu....dan akhirnya mama akur dengan alasan yang aku berikan.....

"Iq....ke sini kejap"paggil mama padaku
"ada apa mama"tanya Iqram
"mama,nak tunjuk cincin yang mama beli ni..."kata mama
"mama kan baru balik apa kata mama rehat dulu"kata ku pada mama
"mama,tak penat pun Iq...datanglah sini kejap"ajak mama lagi
"yelah...yelah,mama ni kan ada-ada je..."jawab Iq sambil bangun dari sofa dan menuju ke arah mama.
"cuba tengok ni cantik tak..."tanya mama
"wahh...cantiknya mama"kata ku pada mama
"tengoklah,siapa yang pilih...."kata mama
"yelah...Iq tahu yang taste mama macam mana..betul tak mama"tanya Iqram
"ha...tahu pun anak mama ni..."kata mama
"tapi,buat apa mama beli cincin yang mahal-mahal ni,buat membazir je.."kata Iqram pada mamanya
"kenapa ,Iq cakap macam tu??tak baik tau"kata mama
"betullah,Iq cakap mama...kan yang murah-murah banyak"kata Iqram lagi
"Iq...dengar apa yang mama nak cakap,Iq satu-satunya anak mama dan papa tau...mama dengan papa tak ada anak lain selain Iq...mama dengan papa nak yang terbaik untuk Iq..mama tahu Iq,sebenarnya tak suka dengan pilihan papa kan....tapi Iq,percayalah cakap mama Risya memang sesuai dengan Iq.....Selama ni,mama tak pernah minta apa-apa untuk Iq buat...tapi kali ni mama nak Iq terima pertunangan ni dengan hati yang terbuka...
"tapi...mama Iq...."belum sempat Iqram menghabiskan ayatnya
"tak ada tapi-tapi...cinta boleh dipupuk Iq,cuma hati kita jerr kena ikhlas untuk menerimanya... " kata  mamanya
"Insyallah...mama Iq akan cuba"jawab Iq
"macam tu la,anak mama....mama nak Iq kenal-kenal dengan Risya."kata mama Iqram
"yelah,mama...Iq tahu"kata Iqram untuk mengambil hati mamanya

..........................................................................................

Iqram tersenyum sendirian apabila mengingati kata-kata mamanya.Betul kata mama,cinta boleh dipupuk...yang penting kena ikhlas untuk menerimanya.Dan sekarang,Iqram memang sudah jatuh cinta pada Risya.Iqram memandang Risya....beruntung aku dapat tunang seperti Risya...seorang gadis yang baik hati,cantik...dan lemah lembut orangnya.

Iqram mengangkat Risya dan meletakkan Risya di atas katil...Iqram menyelimut Risya.Iqram... mengambil sebiji bantal dan berlalu pergi meninggalkan Risya di atas katil.Iqram meletak bantal di atas sofa tempat Risya tidur tadi.....Iqram merebahkan dirinya di atas sofa tersebut.Terasa badannya sungguh penat....mana taknya puas dia merayau-rayau untuk mencari kedai pakaian tapi tak jumpa....setelah puas mencari akhirnya Iqram terjumpa sebuah kedai pakaian....Iqram akhirnya lega.......kerana dapat juga dia membeli baju untuk Risya

Iqram tidak tahu,sama ada pakaian yang telah di belinya sesuai atau tidak dengan Risya.Padanya apa yang Risya pakai semua cantik dimatanya.....Iqram bangun dan mengambil bungkusan yang di beli tadi dan mengeluarkan beberapa helai baju......Iqram membelek baju-baju yang di belinya tadi satu demi satu....mesti cantik kalau Risya pakai baju-baju ni.

Dalam Iqram berangan-angan akhirnya...Iqram juga terlena di buai mimpi.

Wednesday, 28 December 2011

ADAKAH CINTA 15

BAB 15

Iqram dan Risya menjadi serba salah,mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana yang terdapat satu sahaja bilik.Mereka menjadi serba salah untuk berkongsi di bilik yang sama......mereka duduk di lobi hotel untuk menghilangkan penat sebelum membuat keputusan.

"Risya,so macam mana sekarang ni???tanya Iqram
"entah..i pun tak tahu apa nak fikir ataupun buat sekarang..."jawab Risya
"habis tu,macam mana???u tak kisah ke kalau kita duduk sebilik??i takut u tak selesa je"balas Iqram pada Risya.
"dah tu,nak buat macam mana kalau dah terpaksa...kalau kita tak check in kat sini kat mana lagi kita nak check in,dah la nak kena jauh jauh lagi....i dah tak sanggup 'penat' sangat."beritahu Risya pada Iqram.
"kalau macam tu,ok kita check in kat sini malam ni...."jawab Iqram
"ok,tapi i nak pesan and ingatkan u something ni....u jangan cuba nak ambil kesempatan atau buat hal dengan i..."beritahu Risya
"u jangan risau i takkan apa-apakan u.....i ni bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain...."jawab Iqram
"betul ni??tanya Risya inginkan kepastian
"betul la....kenapa u tak percaya kat i ke??tanya Iqram
"bukan i tak percaya tapi kurang yakin."beritahu Risya akan perasaannya yang sebenar.
"tak payahlah u risau..iman i ni kuat lagi....insyallah"jawab Iqram
"i nak u promise dengan i...yang u takkan dekat-dekat dengan i nanti..."Risya nak Iqram berjanji padanya.
"yes,princess i promise yang i takkan duduk dekat dengan u nanti...ok puas hati."Iqram telah berjanji pada Risya.
"ok..kalau macam tu,i pegang janji u...."jawab Risya
"ok...i nak check in bilik dulu,u duduk sini.."kata Iqram

..........................................................................

Seorang warga Austria...yang dikenali sebagai Jenny,akan membawa Iqram dan Risya ke bilik. Mereka berdua melangakah mengekori Jenny.Perasaan Risya tidak keruan di buatnya,fikiran jadi tak menetu...dia risau kalau-kalau perkara buruk berlaku...bukan niatnya untuk meminta perkara yang tidak di ingini terjadi,tapi dia cuma takut.....


Akhirnya,mereka sampai di depan pintu bilik...Jenny membuka pintu dan memberi kunci kepada Iqram...selepas itu,Jenny berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ.Iqram melangkah masuk ke dalam bilik tersebut....langkah Risya mati terkaku di situ.Langkah Iqram juga terhenti apabila melihat Risya yang masih di luar.

Memang Iqram sudah berjanji padanya,tapi sejauh mana janji seorang manusia kepada manusia, bila syaitan mula masuk ke dalam fikiran kita..."Astarfirullahal'azim,Ya Allah...kau selamatkanlah hambamu ini dari segala godaan syaitan naratullah,musuh kepada umat islam....kau jauhilah segala perkara yang tidak di ingini daripada berlakunya pada hambamu ini...."

"Risya,are u okey..."tanya Iqram,yang tersedarkan Risya dari lamunan.
"yes,i'm okey."jawab Risya
betul kerr??tapi i nampak macam u tak ok jer.."tanya Iqram lagi.
"sebenarnya i...emmmm....."Risya tidak tahu apa yang harus di katakan
"kalau u dah ubah fikiran,i faham..kita boleh cari hotel lain and i tak kisah pun.."beritahu Iqram
Risya kesian apabila melihat Iqram..inilah pertama kali rasa simpati Risya pada Iqram,Risya sendiri tidak pasti kenapa rasa itu tiba-tiba hadir dalam diri Risya untuk Iqram.
"kenapa u cakap macam tu???Risya pura-pura bertanya.
"i nampak u macam tak selesa je..."jawab Iqramlah...
"takde,i ok....kita duk sini je"jawab Risya...sambil melangkah masuk ke bilik tersebut."Ya allah...selamatkanlah hambamu ini.."
"ok,kalau u dah cakap macam tu..."jawab Iqram

........................................................................................


Risya.....masuk dan duduk di sofa.Manakala,Iqram membuka beg galas yang di bawanya dan mengeluarkan pakaiannya dari beg tersebut.Risya tidak tahu apa yang harus dia lakukan,dari cara Iqram....Risya tahu Iqram nak bersiram,Iqram menuju ke tandas dengan membawa pakaiannya masuk ke tandas.

Bestnya,kalau aku pun dapat mandi.Dah la badan ni melekit...apalah malangnya nasib aku hari ni.Kalaulah,aku tak turun dari bas,tentu aku tak jadi macam ni....Iqram keluar dari tandas dan siap berpakaian.

"Risya..i nak keluar sekejap,kalau u nak mandi u boleh pakai baju i,i letak kat atas bed nanti u ambillah"tiba-tiba bersuara.
"u nak pergi mana.....???tanya Risya.
"i nak turun bawah jap.."jawab Iqram
"oklah,kalau macam tu.."jawab Risya
"u tak payah tunggu i balik....i dah bawa kunci sebab i takut i balik lambat,kalau u mengantuk u tidur je dulu.Nanti alang-alang i turun,i order makan kat u."beritahu Iqram

................................................................................. 

Mana pulak Iqram nak pergi ni???Ah,biarlah bukan masalah aku pun...adalah kerja dia,buat apa aku nak sibuk-sibuk pasal orang.Aku ni takkanlah aku nak pakai baju Iqram kot...malulah aku.Tapi,kalau aku tak mandi badan aku busukk pulak.....aku mesti kena mandi and kena jugak pakai baju Iqram.

Setelah selesai mandi,Risya melihat baju yang Iqram letak di atas katil....baju t'shirt and track suite,memang muat dengan aku....kata Risya dalam hati.Setelah mengenakan pakaian Iqram,Risya duduk menonton Tv....

Risya terdengar ketukkan di pintu biliknya.....Risya bangun dan menuju ke pintu dan membuka pintu....Rupanya,ada penghantaran makanan ke biliknya.Iqram telah memesan makanan untuknya....Risya tidak ada selera untuk makan,dia hanya menjamah sedikit sahaja.

..................................................................................

Setelah menunggu Iqram balik...tapi,Iqram tidak juga balik.Risya...akhirnya terlena mungkin kerana kepenatan.......






Saturday, 24 December 2011

ADAKAH CINTA 14

BAB 14

Kenapa dengan Risya tu,semacam je aku tengok....mungkin dia ingat aku sudah tinggalkan dia kot,sebab tu dia sedih semacam jerr.Baru kau tahu Risya yang sekarang ni kau perlukan aku disisi kau.Aku takkan sesekali tinggalkan kau sayang....mana boleh aku tinggalkan kau sedangkan kau adalah orang yang telah mengajarku erti cinta yang sebenarnya.


Aku tak sanggup tiggalkan kau Risya,aku sayang kau....malah aku terlalu menyintai diri kau.Aku tidak akan pernah meninggalkan kau,aku perlukan kau dalam hidup aku Risya.Kau adalah "princess" yang akan sentiasa bertahta di dalam hati ku....

Hisyy...ke mana pulakk la aku ni mengelamun,kesian aku tengok Risya tu,baik aku pergi dekat dia sekarang...
"Risya,are u ok???tanya Iqram.
"u...u buat apa kat sini???bukan ke u...."belum sempat Risya bertanya.
" I tak sanggup tinggalkan u sorang-sorang kat sini."jawab Iqram.
"Jadi u tak tinggalkan i la......habis tu tadi u pergi mana??"tanya Risya lagi.
"i tak pergi mana pun,i cuma duduk kat hujung sana...tengok u dari jauh takut apa-apa jadi kat u, nanti kalau apa-apa jadi kau u sape yang susah"jawab Iqram
"sebenarnya,i nak minta maaf dengan u sebab i halau u tadi...i tahu i tak patut buat macam tu,maafkan i Iqram"
"tak pelah,i tak ambil hati pun.....dah jom la,lagi pun hari makin gelap ni."
"so,kita nak pergi mana sekarang ni???tanya Risya pada Iqram.
"kita kena cari hotel...yang berdekatan and malam ni kita kena tidur kat sini,esok pagi baru kita akan bertolak ke Austria."beritahu Iqram.
"ok,i ikut u je..."jawab Risya
"kalau macam tu jom la...."ajak Iqram

Risya hanya mengikuti Iqram....suasana sunyi sepi,Iqram dan Risya hanya membisu dan meneruskan perjalannya mencari hotel yang berdekatan.Macam-macam benda yang bermain di 
fikiran mereka berdua....
"Risya,kenapa ni....???macam ada masalah jer"tanya Iqram
Risya tidak pasti apakah dia harus memberitahu Iqram tentang masalh yang dialaminya....masalah tentang dia langsung tak de duit dan macam mana dia nak menginap di hotel.
"Risya....u ok ker??atau u sakit???tanya Iqram.
"i ok,sebenarnya i...i,handbag i ada dengan kak Sha,so sekarang i takde anything dengan i termasuk pasport and semuanya."beritahu Risya.
"yeker??takpelah Risya kan i ada dengan u....so,u jangan Risau nanti i tolong bayarkan untuk u ye sayang....."jawab Iqram.
"apa???tanya Risya.
"tak de apa-apalah,i cakap u jangan risau nanti i tolong u....."jawab Iqram
"owh...Iqram thanks ye sebab u sudi tolong i,nanti i akan bayar u balik."
"it's ok...i tolong u ikhlas and i tak nak u bayar i balik.."
"tapi....."
"tak ada tapi-tapi,kan i dah cakap i tolong u ikhlas....."
"Thanks...banyak-banyak ye Iqram...."
"tak perlu berterima kasih kat i......"

Risya tersenyum pada Iqram.....senyuman yang paling manis yang di hadiahkan pada Iqram selama mereka kenal.Teserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipi Risya.Sungguh manis,dan paling tercantik di dunia....itu membuatkan Iqram tidak tentu arah.

Iqram tiba-tiba membuka jaket yang di pakainya....dan meletakkan di bahu Risya yang kesejukkan.Walaupun Risya menghalangnya......beberapa kali dan akhirnya Risya akur.Mereka masih berjalan dan mencari hotel...tapi masih belum menjumpainya...

..................................................................................

Setelah hampir satu jam berjalan akhirnya mereka menjumpai sebuah hotel yang bernama "Hotel Rougmont"......apabila melihat hotel di depan mereka segala letih dan penat berjalan hilang.Mereka berdua melangkah masuk ke dalam hotel tersebut.

Tapi,mereka hampa kerana hanya terdapat satu sahaja bilik kosong.....menurut reseptiont tadi,hotel seterusnya 20km dari sini....dan mereka terpaksa berjalan kerana pada waktu ini susah untuk mendapatkan kenderaan awam.

Saturday, 17 December 2011

ADAKAH CINTA 12

BAB 12

"Ok....sakarang kita akan berhenti dulu,lepas 45 minit kita akan sambung perjalanan kita untuk ke Austria..."
Begitulah,menurut manager tadi.Bas berhenti di satu station minyak....untuk mengisi minyak,aku ternampak sebuah kedai Mc Donald tiba-tiba sahaja perutku menjadi lapar kembali mintak untuk di isi.Alahai,perut kesian kat kau......dari pagi lagi aku tak isi.Nak pergi ke tak nak....nak pergi ke tak nak,jauh juga nak berjalan ni agak-agak dlm dua kilometer,larat ke aku nak jalan jauh-jauh tu!!!tapi,kalau tak pergi perut aku juga yang lapar. Apa aku nak buat ni??

Ramai juga orang turun dari bas,ada yang turun ke tandas ada juga yang menghirup udara segar.....
Hanya tinggal beberapa orang sahaja dalam bas.Adam pun turun dari bas,dia ada mengajak aku tapi,aku malas nak turun.Iqram....sempat memandangku sebelum dia turun dari bas.Aku melihat kak Sha sedang lena tidur....aku mendekati Kak Sha,nak kejut ke tak..nak kejut ke tak....kejut je la.

"kak Sha...kak Sha...."kejut Risya.
"em...Risya kenapa???dah sampai ker???tanya kak Sha.
"belum lagi la kak Sha...."bagitahu Risya
"habis tu,kita kat mana ni????tanya kak Sha.
"kita kat station minyak ni,bas berhenti kejap...."
"owh..macam tu...."angguk kak Sha.
"Kak Sha,Risya nak turun jap....".beritahu Risya pada kak Sha.
"Risya nak pergi mana????tanya kak Sha.
"Risya lapar la kak Sha,dah tak tahan ni,perut pun rasa sakit,lagipun Risya gestrik....."beritahu Risya lagi.
"La...yeker????habis tu ok tak ni????Tanya kak Sha Risya.
"Risya,boleh tahan lagi ni...tu yang Risya nak turun jap,nak pergi beli makanan Mc Donald kat hujung sana....."sambil tunjuk arah Mc Donald pada kak Sha.
"Jauh tu Risya....tak nak nak pergi jugak.."tanya kak Sha lagi.
"kalau ikutkan hati,Risya pun tak nak pergi juga tapi perut Risya ni dah tak tahan sangat dah ni.."jawab Risya.
"Kalau macam tu,jom la kak Sha teman Risya pergi sana..."kak Sha offer diri.
"eh...tak pelah,kak Sha,Risya boleh pergi sendiri...."Jawab Risya.
"Betul ke,Risya nak pergi sorang ni....???tanya kak Sha inginkan kepastian.
"Betullah,kak Sha,lagi pun bukan jauh sangat....."jawab Risya lagi.
"apa kata kalau cuba ajak,Iqram atau Adam temankan Risya ke sana???
"tak payahlah,kak Sha...Risya pergi sendiri..ok la Risya nak pergi dulu ni,kak Sha tolong pegang handbeg Risya boleh x???tanya Risya pada kak Sha.
"Of course...dear,tapi jangan lambat sangat tau..."kak Sha ingatkan Risya.
"Ok...kak,Risya akan balik secepat mungkin,jangan risau..."
"ok,kalau macam tu,hati-hati tau!!!tegas kak Sha padaku.

...........................................................................

Lebih kurang 15 minit lagi...bas akan bergerak menuruskan perjalanan.Sudah ramai orang yang telah berada di dalam bas....kecuali beberapa kerat lagi yang belum ada.Iqram masuk ke dalam bas dan melihat tempat duduk Risya dan Adam kosong....macam-macam yang sedang bermain di fikirannya.

Iqram duduk di tempatnya....dia melihat kak Sha seperti orang susah hati.Seperti ada sesuatu yang tak kena......Iqram menjadi serba salah untuk bertanya.Tapi,Iqram rasakan ingin juga bertanya.

"kak Sha,kenapa ni..."tanya Iqram.
"Risya......"
"kenapa dengan Risya kak Sha..???Iqram sudah menjadi tidak tentu hala setelah mendengar nama Risya yang di sebut kak Sha.
"Risya...tadi dia bagitahu kak Sha dia nak turun untuk pergi beli makanan kat Mc Donald...."beritahu kak Sha.
"Alah,kak Sha ni tak payah la risau...kan Risya pergi dengan Adam tahu la Adam jaga dia.."Iqram ingin sedapkan hati diri sendiri.
"siapa cakap yang Risya pergi dengan Adam???Risya pergi sorang je la....."
"apa kak Sha,Risya pergi sorang....???tanya Iqram yang risau keadaan Risya.
"ye,betul...tadi kak Sha suruh Risya ajak Iqram atau Adam,tapi dia tak nak."bagitahu kak Sha.
"tak boleh jadi ni......

........................................................................

"Ok...semua dah ada dalam bas????dalam 3 minit lagi kita akan bergerak..."beritahu manager
"belum lagi ada lagi 4 orang belum ada....."bagitahu Iqram.
"siapa....."tanya manager lagi.
"em...Risya,Adam,Shahrul dan Nancy..."beritahu Iqram
"Selalu ada je yang lambat......kali ni kalau Risya lambat lagi saya memang takkan tunggu dia lagi.
"Habis tu,takkan nak tinggalkan Risya macam tu je encik Asrul???tanya Iqram.
"i bukan apa,kalau dia lambat kita semua yang susah sebab hari sudah petang dan tak lama lagi malam,kita kena teruskan perjalanan kita sebab cuaca kat sini sekarang tak menentu dan berkabus...
nak tak nak i terpaksa buat macam tu...."manager membuat penerangan yang panjang lebar.
"kalau macam tu,biar i temankan dia kat sini....."jawab Iqram.
"Are u sure....????tanya manager inginkan kepastian.
"yes,i'm....."beritahu Iqram dengan yakin.
"kalau macam tu,ok....tapi,ingat i tak nak dengar sesuatu yang buruk berlaku.Can u promise with me???tanya manager.
"Ok,sir i'm promise with u....."jawab Iqram
"ok..kalau macam tu,i tugaskan u untuk jaga Risya,jaga anak gadis orang baik-baik.Kalau sesuatu yang buruk berlaku pada Risya....mati i nak menjawab dekat abang dia"bagitahu Encin Asrul lagi.
"u boleh percayakan i encik Asrul....."Iqram cuba menyakinkan managernya.
"I percayakan u.....sebab u tunang dia."kata manager.
"haa...macam mana encik Asrul tahu????Iqram,terkejut mendengar apa yang telah di katakan oleh managernya.
"i tahu segalanya......dari mana i tahu tu tak penting.Nasiblah,u dah bertunang dengan Risya kalau belum.....i pun teringin juga nak mendekati Risya macam Adam tu."semapt lagi encik Asrul melawak.
"em....lain macam je bunyinya,encik Asrul."tanya Iqram tak puas hati.
"i gurau je...oklah.Kita dah nak gerak ni.Lagipun semua orang dah balik kecuali tunang u...."kata manager.

..............................................................................

Iqram turun dari bas membawa sebuah beg yang berisi baju......dan menunggu Risya.Dan akhirnya,
Risya muncul dengan membawa makanannya....Risya seakan terkejut bila melihat tiada bas disitu, yang ada hanya Iqram.....Ye,Iqram seorang diri.........

Monday, 12 December 2011

ADAKAH CINTA 11

BAB 11


Kenapa perut aku ni asyik bergendang je.....terasa sangat lapar.Mana taknya,tadi masa aku nak pergi makan tiba-tiba terlanggar mat salleh mana taknya,habis lencung baju aku tadi sampai tak menyempat aku nak makan dah la dari pagi aku tak makan.Nampaknya mati keringlah,aku sebab tak makan.Sedihnya......

"aii...Risya,takkan pergi date tak makan kot????tanya Iqram
"Kenapa plak????tanya Risya pada Iqram
"i dengar perut u dari tadi lagi berbunyi....tapi i pekakkan telinga je,tapi sekarang i dah tak boleh nak pekakkan lagi telinga i ni....."jawab Iqram seakan memerli Risya.
"kalau perut i berbunyi ke,nak bergendang ke,nak meletup ke so apa kena mengena dengan u???? bukan masalah u tau..."Risya seakan marah.
"I ni bukan apa...bukan nak busybody pasal u tapi,i kesian kat u punyalah lama u pergi date tapi takde orang yang nak belanja u makan ker????Adam tiba-tiba menolek ke belakang.....melihat Iqram dengan rasa tidak puas hati......merah padam mukanya.
"eh...apa yang u merepek ni Iqram,bila masa pulak i pergi date???u jangan pandai-pandai nak buat fitnah pasal i...."
"tak betul ke apa yang i cakap ni cik adik oii...."jawab Iqram.
"apa yang betul u cakap???cuba bagi tahu i...selama i kenal u satu habuk pun takde yang betul....
cuma satu je yang betul u nak tahu tak????
"apa dia..."Iqram tak sabar nak tahu.
"Kalau u nak tahu....yang betulnya,u tu selalu suka menyakitkan hati i....u tahu tak???

Risya segera bangun dan mengangkat semua barang-barangnya untuk berpindah tempat......Risya akhirnya duduk di sebelah Adam.....Iqram seakan menyesal kerana menyakitkan hati Risya.Sekarang Risya makin jauh darinya....Adam memandang Iqram dengan senyuman sinis.

"Are u ok Risya....?tanya Adam.
"yup,i'm ok....."jawab Risya.
"u belum makan lagi ker??tanya Adam lagi.
"emmm...dari pagi lagi i tak makan,dan tadi bila i nak makan tiba-tiba pulak mat salleh tu langgar i sampai baju i basah.....nasib i jumpa u tadi"balas Risya.
"yekerr??kenapa u tak bagitahu i tadi...boleh i beli makanan kat u tapau bolehh makan dalam bas...."tanya Adam seakan bersimpati.
"tadi dah lambatkan....lambat sikit pun dah kena marah,kalau lagi lambat lagi la kena marah kaw kaw punya..."jawab Risya seakan memerli seseorang.
"kesian kat u....tapi i ada air soya u nak tak???boleh legakan perut u tu.
"boleh juga....."sambill Adam menghulurkan air pada Risya.

...................................................................................

Iqram...memasang telinga mendengar setiap percakapan antara Adan dan Risya....Ya Allah,aku tersalah tafsir pada Risya,aku telah banyak membuat Risya sakit hati dengan aku.Rupanya aku sudah salah sangka dengan Risya...Apa yang patut aku lakukan sekarang????

Risya sudah makin menjauh dariku...dan Risya semakin rapat dengan Adam.Apakah yang harus aku lakukan supaya Risya dapat aku dekati kembali....Risya maafkanlah segala dosaku padamu sayang. Aku tidak sengaja menyakiti hatimu....

Aku tahu aku telah banyak bersalah padamu sayang....kenapa aku sanggup menyakiti hati tunangku sendiri kenapa,kenapa,kenapa!!!!!dan salahku yang paling berat adalah aku telah menyembunyikan siapa aku padamu Risya.....Aku masih belum kuat untuk memberitahumu perkara yang sebenarnya.

Risya,janganlah kau membenci diriku ini....sesungguhnya,aku terlalu sayang dan menyintaimu sepenuh hatiku...janganlah,kau sisihkan aku jauh dari hatimu...
 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura
A
T
N
I
C
S
I
E
V
O
L