Sunday, 13 November 2011

ADAKAH CINTA 4

BAB 4

Setelah selesai makan...aku ingatkan Iqram ingin mengajak aku pulung ke hotel,tapi rupa-rupanya dia ajak pulak aku melencong lagi ke suatu tempat,nak tak nak aku terpaksa ikut dia.....Tapi apakan daya  aku,nak balik ke hotel sorang-sorang aku takut.Tidak pernah aku ke sana ke mari seorang diri mesti aku akan berteman.
..............................................................................................

Kami tiba di satu tempat yang menarik di Switzerland bandar Solothurn yang dikenali sebagai bandar yang paling indah sangat di Switzerland, yang terkenal untuk seni bina yang disukai oleh duta Raja Perancis yang tinggal di sini 1530-1792 - maka gelaran "Kota Duta" diberikan.Yang paling aku suka bila dapat melihat keadaan sungai yang di terangi lampu-lampu yang berwarna warni........ramai juga orang yang mengunjungi sungai yang cantik pada waktu malam tapi semuanya...bersama-sama pasangannya......

Aku melihat Iqram ceria kembali....entah kenapa aku dapat rasakan suatu tarikan yang ada  pada dia.Tidak pernah aku merasai perasaan itu pada mana-mana lelaki.Ah,mana mungkin aku merasainya sedangkan aku baru sahaja menegenali dirinya.Mungkin aku hanya suka gayanya yang 'giler-giler' sikit yang membuatkan aku tidak kesunyian....
"Termenung jauh nampak..."kata Iqram padaku.Membuatkan aku sedikit terkejut dengan sapaannya.
"Tak ada apalah...saje je tengok sungai yang cantik ni,rasa macam teruja sikit"balasku
"Kalau u nak tahu,i selalu datang sikit kalau i datang switzzerland...tempat ni memang membuat ramai orang yang tertarik dengan keindahan sungai yang di terangi lampu-lampu yang berwarna warni....."
"Owh...yeker???selalu ke u datang Switzerland ni...???tanyaku seolah-olah ingin tahu.
"Selalu jugak...tapi atas urusan bisnes,walau sesibuk mana pun i mesti i akan datang sini....."
"Habis tu,kalau u dah selalu datang sini kenapa u ikut Trip untuk ke sini????
"Panjang ceritanya...."jawab Iqram seolah-olah tidak mahu bercerita padaku...
"jomlah,kita balik lagi pun dah lewat malam ni....i mengantuk"kataku
"oklah,kalau macam tu,jom kita balik...."ajak Iqram padaku

........................................................................................

Kami melangkah untuk balik ke hotel......sesekali terasa juga Iqram merenung ke arah aku.Tanpa aku duga tiba-tiba Iqram memegang bahuku,ketika ingin menyeberangi jalan kerana keadaan bandaraya Switzerland waktu ini sangat sibuk.Mata kami bertentangan...aku dapat rasakan sesuatu yang lain,jantungku terasa berdebar-debar....aku melarikan pandanganku ke arah lain.Aku tidak ingin terus hanyut dalam perasaan yang aku sendiri tidak sedar...apakah perasaan aku itu.

Kami terus berjalan tanpa bersuara....aku dan Iqram hanya diam membisu sama-sama layani perasaan yang kami sendiri tidak sedar perasaan macam manakah yang kami rasakan.... apakah perasaan itu....
 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura