sAyA blOggEr bArU kAt s!n!....
kAlAu AdA kEkUrAngAn hArAp d! mAafkAn......
Saturday, 10 September 2011
KISAH MEREKA
Hasil nukilan saya kali ini adalah berdasarkan kisah benar,pahit getir yang di alami oleh sahabat- sahabat saya....bukan niat di hati ini ingin menaibkan mana-mana pihak tapi saya ingin sekadar berkongsi cerita kepada sahabat-sahabat semua........
Saya masih ingat ketika saya berada di Tingkatan Satu(1),saya mempunyai seorang sahabat yang diwaktu itu tidak pernah sekali pun dia menulis nama ayahnya di buku latihannya.Bila ditanya kenapa dan mengapa?Dia akan menjawab...aku tidak pernah mempunyai seorang ayah,aku hanya punya emak yang selama ini yang cuba membesarkan aku.
Dia seorang pelajar yang sangat cerdik,seorang pelajar yang bijak dan penuh rasa simpati terhadap orang lain.Namun,mengapa dendamnya keterlaluan terhadap ayahnya sendiri?mengapa kesumat dia mengheretnya melupakan seorang ayah yang patut dikasihi.......
Ketika saya berada di tingkatan empat(4) pula,saya bertemu dengan seorang sahabat yang dipandang liar oleh keadaan sekeliling.Pernah ditangkap kerana masuk ke disco dan telah digantung dari sekolah selama dua minggu....Apabila di cari punca masalahnya,sahabat saya ini rupa-rupanya datang dari keluarga yang berpecah-belah.Kerana penceraian kedua ibubapanya.
Kisah ini sering membuat hati saya rawan,sedih dan berasa simpati.Apabila saya dapat melanjutkan pelajaran di IPT pula,saya bertemu dengan sahabat yang telah ditinggalkan oleh suaminya yang telah didera mental dan fizikalnya.Tidak ada apa yang boleh saya bantu kecuali memberi semangat dan sedikit doa supaya mereka tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang hadir dalam kehidupan kita....hidup kita tidak pernah lari dari masalahnya.
Hidup mesti diteruskan juga.Jangan musnahkan kehidupan kerana gagal dalam perkahwinan serta cinta.Kerana cinta sesama manusia tidak dapat diduga,ianya boleh datang dan pergi jika ALLAH swt mengkehendakinya.Cuma yang paling utama,cinta pada diri sendiri dan kehidupan kita yang akan datang.Ye,memang mudah untuk saya berkata kerana saya tidak pernah mengalaminya,tetapi hati kecil saya mengerti betapa pedih dan menderitanya sahabat-sahabat saya ini kerana kehilangan kasih sayang dari seorang insan....
NOTA BUAT SEMUA INI.....kursus untuk sahabat dan pembaca yang pernah melalui atau pernah mengalami perit pedih rasa hati apabila kekasih hati,ayah,suami atau sesiapa saja yang kita kasihi telah pergi...jauh dari kita.Berusahalah,berdoa serta berserahlah moga diri kita yang menderita ini terubat jua di suatu masa nanti.......

RENUNGAN
Bismillah..
Memang adat manusia, pelupa. Selalu membuat dosa dan lalai dalam kehidupannya seharian.
Kadang-kadang, timbul persoalan.. BANYAKNYA DOSA.. MASIHKAH ADA PENGAMPUNAN ALLAH BUATKU?
Sahabat2ku, PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA sebelum matahari keluar dari dan sebelum nyawa sampai ke kerongkong. PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA LUAS..
ALLAH sangat sayangkn hambanya yang bertaubat..
اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Suah al-Baqarah: 222)
Apa itu TAUBAT??
sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اَلنَّدَمُ تَوْبَةٌ
“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
TAUBAT NASUHA
firman Allah:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا عَسَى رَبُّكُمْ اَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” (surah at-Tahrim: 8)
MAHA SUCI ALLAH.. Dengan TAUBAT.. DIA GANTIKAN DOSA-DOSA KITA DENGAN KEBAIKAN..
Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah menggariskan cara taubat nasuha:
1) Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.
2) Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.
3) Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.
4) Memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya.
-Allah berfirman lagi:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُنُوْبَ جَمِيْعًا.
“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (surah az-Zummar: 53)
-Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan: Rasulullah bersabda:
اِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِئُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِئُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.
“Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)”. (Hadith riwayat Muslim)
NAH..
SAHABAT2, APE YANG KITA TUNGGU LAGI?
NAK TUNGGU NYAWA SUDAH SAMPAI KE KERONGKONG?
NAK TUNGGU MATAHARI TERBIT IKUT BARAT?
CUKUPLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI... SAMA2 KITA BERTAUBAT KEPADA ALLAH..
SAMA2 KITA MENJADI ANTARA YANG SENTIASA BERTAUBAT DAN MENYUCKAN DIRI...
SUBHANALLAH... ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIH.
Wallahu'alam~

PERPISAHAN
Cerita pertamaku yang mengisahkan tentang sebuah "PERPISAHAN........"pelbagai cerita yang telah aku dengar dari ramai orang yang menghadapinya.
Perpisahan memang menyakitkan.Apatah lagi jika perpisahan itu melibatkan mahligai impian yang diharapkan akan kekal bahagia hingga akhir hayat akhirnya hancur berkecai di tengah jalan....Perlukah ditangisi setiap detik dan waktu itu???
Sebagai seorang manusia,perasaan sedih pasti akan wujud dalam setiap sanubari manusia yang mengalami pahitnya sebuah perpisahan.Rasa yang amat pedih...sedih dan boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri...Dan pastinya kita akan tertanya-tanya mengapa perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita.Beribu-ribu soalan yang terhambur namun pasti jawapannya terlalu kabur dan tidak boleh kita gapai dengan minda kita.
Terimalah seadanya.Kadangkala perpisahan ini ada baiknya,walau sakit atau pedihnya terasa tetapi hikmah yang tersurat dan tersirat memang tidak kita ketahui.Jawapan kenapa perpisahan itu terjadi hanya kita akan temui apabila kita sudah menerima hakikat yang sebenarnya.Dan ALLAH swt lebih mengetahui lebih dari hamba-hmbaNya yang kerdil seperti kita ini....kepada setiap orang yang mengalami perpisahan janganlah kita merasa diri kita telah kehilangan segala-galanya.Dunia masih belum berakhir....
Pandanglah,masa depan dengan hati yang terbuka dan dengan semangat yang waja..Percayalah setiap apa yang dilakukan dengan hati yang bersih dan dengan niat yang ikhlas,ada ganjarannya.Berdoalah...moga-moga ALLAH swt menjadikan kalian semua seorang insan yang senantiasa tabah.

Subscribe to:
Posts (Atom)