Saturday 17 November 2012

MINUMAN TERBAIKK YG ANDA CARI


"WHITE COFFEE COLLEGEN PLUS VITAMIN C"




KETERANGAN KANDUNGAN

MARINE COLLAGEN” 

Kelebihan Marine Collagen :
  • Menjadikan kulit lebih gebu, anjal dan bersinar
  • Menjadikan tulang rangka dan tulang rawan lebih kukuh dan kuat tetapi sangat elastik
  • Membantu proses pemulihan osteoporosis (kerapuhan tulang) dan osteoarthritis (radang sendi)
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan mencegah penembusan mikroorganisma seperti bakteria,kulat dan virus
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan menjadikan kuku sihat dan bersinar
  • Membantu menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
  • Mengaktifkan semula metabolisma tisu-tisu tubuh ketahap maksima

VITAMIN C

Fungsi Vitamin C :
  1. Membantu menyatukan sel-sel tubuh.
  2. Menguatkan dinding saluran darah.
  3. Mengekalkan kesihatan gusi.
  4. Membantu dalam penyerapan zat besi oleh usus.

Pada wanita yang telah berkahwin dan sibuk berkerja seharian, anda amat di galakkan untuk mengambil minuman kesihatan dalaman wanita yang mengandungi manjakani. Bukan saja ia membantu memberikan tenaga dalaman , malah membantu kita dalam hubungan intim bersama pasangan.


MANJAKANI

Rahsia Manjakani (AWET MUDA):

Kelebihan Majakani :
 – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
Pencegahan Kencing Manis
 – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
Pencegahan barah payudara dan rahim 
– Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
Pencegahan bau yang tidak diingini 
– Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
Memulih otot dalaman faraj
 – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
Mengawal lendir dan lelehan faraj
 – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
Mengecutkan tisu-tisu
 – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
Menegangkan dan mencantikkan kulit 
– Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Rahsia Sirih Untuk Wanita :

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Pakar kajian herba mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna untuk kesihatan.

Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.  


 KACIP FATIMAH

“Kacip Fatimah”  Labisia pothoina / pumila.
 Phytoestrogen, mengetatkan tisu, meningktakan tenaga, membuang angin dan memperbaiki proses penghadaman (ketakcernaan)

Antara kebaikan “Kacip Fatimah” ini ialah:
-         -Mencegah pembiakan sel prakanser
-          Memantapkan tisu yg memerlukan hormone Astrogen
-          Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
-          Melewatkan proses penuaan
-         -Mengurangkan keputihan
-         Masalah angin kerana ianya anti-flantulence iaitu membantu membuang angin yg berlebihan dalam badan.
-         Melancarkan proses kelahiran bayi
-          Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
-          Membantu dalam pengecutan rahim
-          Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
-          Merangsangkan pengeluaran hormone dan dapat melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid wanita mengurangkan segugut.
-          Mengurangkan simtom buasir, penyakit sendi dengan membaik pulih peredaran darahsekaligus mengurangkan sakit sendi dan otot..
-          Menyeimbangkan hormone dalam badan dan mengatasi depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan.
-          Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

 Habbatus sauda
 *Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


LOBATA

Antara khasiat “ PUERARIA LABOTA”"
  • Menambah saiz payudara / buah dada
  • Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara / buah dada).
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
  • Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur
  • Menganjalkan kulit yang melendut.
  • Mengatasi masalah sukar tidur
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  • Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
  • Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing (bladder)
  • Mengetatkan vagina.
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  • Membantu menggelapkan rambut beruban dan menggalakan pertumbuhan rambut
  • Menambah tenaga dan kecergasan
  • membesarkan buah dada, menegangkan payudara, menegangkan buah dada,  menegangkan payu dara, membesarkan payudara, cara membesarkan payudara, besarkan buah dada
AKAR SERAPAT

Antara khasiat Akar Serapat ialah:
- Memperbaiki dan menegang tisu faraj
- Membantu menegangkan payudara
- Menegangkan kulit (awet muda)
- Menguatkan otot dan sendi
- Memulihkan luka/tenaga
- Membuang toksin dalam badan
- Melancarkan peredaran darah




Friday 5 October 2012

uuhhhhh.........Bufday ohhh Bufday



 Esok bufday hubby aq.....Hdiah dh beli yg aq pening skrg ni tmpt yg ssuai utk aq bt suprise nk sambut Budday Incik Suami.......mn tmpt la aq nk sambut Bufday dy
Uishhhhh....kusut kpala aq,x kan la nk warung tepi jln kott!!!!agak2 la..............
Klau takat warung tepi jln tu,baikk aq msak je......
Sdp or x sdp lain citer,yg pnting ht tu kena bersih.....wah2,pandai bcakap!!!
Eh,silap plak ht tu mmg kena sntiasa bersih,bru power........yg pnting kena ikhlas.
Yg xsdp bru leh jd sdp.............btl x????

@Port Dikson

 jom naik kapal terbang tu............


 Amboiii....bergayanya dia............


 knp plak tu?????


smua nie d ambil dkt "MUZIEUM TENTERA DARAT" Port Dikson

Friday 13 July 2012

Percutian Terbaikkk......

Pantai Teluk Kemang....tak puas rasanya hati bercuti di sini. Siapa cakap Pantai kat Malaysia tak cantik,tak best?????tak nak ngaku ler tu,ramai yang cakap macam tu. Tapi,bagi aqu pantai ni cukup best,nyaman and memang terbaikk......Satu hari suntuk kat sini pun tak puas. Ramai betul orang tambahan plak time cuti sekolah,satu family angkut bilik kat tepi pantai.....Hahahaha,mesti ada orang terkejutkan macam mana boleh angkut bilik????aqu gurau2 jer ler,maksud aqu bawak bantai bawak khemah lerr,apa la korang ni.......yang bestnya,bunyi ombak yang memukul permukaan pantai.
Setelah seharian di tepi pantai.....kelihatan Matahari pun sudah semakin lama semakin jatuh dan keadaan di tepi pantai semakin gelap.....mana taknya hari sudah semakin beransur malam.....aqu serta family aqu apa lagi kemas2 dan angkat kaki lerr,balik hotel.
Selamat Tinggal Pantai Teluk Kemang,Port Dikson hujung tahun (bulan 12) kita akan bertemu lagi.

Friday 17 February 2012

ADAKAH CINTA 17


Risya...tiba-tiba tersedar dari tidur dan melihat di sekelilingnya,Risya kehairanan kalau tidak salah tadi dia tertidur di atas sofa tapi sekarang dia berada di atas katil.Risya melihat Iqram tertidur di atas sofa dengan tv terbuka.

Risya bangun menghampiri Iqram...kelihatan Iqram yang kesejukkan,Risya mengambil selimut dan menyelimuti Iqram.....Risya ternampak pakaian yang bersepah jatuh di bawah sofa....Risya terus mengemas dan memasukkan ke dalam bungkusan tanpa melihatnya.

......................................................................

Risya menuju ke tempat beradu untuk menyambung tidurnya.......tapi,sukar sekali Risya untuk melelapkan matanya kembali.Fikirannya tiba-tiba ligat memikirkan kat mana dia tertidur rasanya macam....aku tertidur di atas sofa ketika menunggu Iqram balik,tapi takkan la aku berjalan dalam tidur dan aku boleh tidur kat atas katil....."hairan bin ajaib" betullah.Tak mungkin.....tak mungkin selama ni aku tak pernah pun berjalan dalm tidur......

Hisyy...tah-tah ada makhluk lain kat sini kot.......hantu,hantu,hantu...tiba-tiba terkeluar perkataan han...tu dalam fikirannya!!!Risya mula terasa bulu tengkuknya meremang.....Risya kaku seketika,tak boleh bergerak-gerak.....Hantu mungkin????mungkin betul jugakkk firasat hati...Eyyymmm,takutnya aku......terus Risya menyelimut keseluruhan badannya....terasa badannya panas,seram sejukkkk rasanya....

Wednesday 4 January 2012

ADAKAH CINTA 16

BAB 16

Akhirnya,Iqram balik jua.Apabila Iqram membuka pintu bilik,Iqram ternampak Risya lena di sofa.... Risya kelihatan tidur dengan lenanya....mungkin kerana kepenatan.Mungkin Risya menunggu aku balik agaknya...Iqram meletakkan bungkusan plastik dan berjalan menghampiri Risya.

Sungguh cantik dan manis walaupun dalam tidur.....bisik Iqram di dalam hati.Iqram merenung tajam ke wajah Risya,ingin sekali dia menyentuh seraut wajah kepunyaan Risya namun antara aku dan Risya mempunyai batas yang tidak harus aku ingkari......

Tiba-tiba Iqram terpandang di jari manis milik Risya,kelihatan sebentuk cincin berlian......yee,cincin milik Risya...iaitu cincin pertungan aku dan Risya.Selama ni,aku tidak pernah perasaan yang Risya memakai cincin pertunangan kami.Aku tahu,selama pertunangan kami juga Risya tidak pernah suka akan pertunanagan ini....tapi,atas desakkan keluarganya Risya bersetuju untuk bertunang denganku walaupun Risya tidak pernah tahu siapa tunangnya......

Tapi,sungguh sekali tidakku sangka yang Risya akan memakai cincin pertunangan kami.....Aku masih ingat lagi sewaktu mama mengajakku untuk sama-sama memilih cincin pertunanganku.... namun seribu satu alasan telah ku berikan  pada mama supaya aku tidak turut sama memilih cincin itu....dan akhirnya mama akur dengan alasan yang aku berikan.....

"Iq....ke sini kejap"paggil mama padaku
"ada apa mama"tanya Iqram
"mama,nak tunjuk cincin yang mama beli ni..."kata mama
"mama kan baru balik apa kata mama rehat dulu"kata ku pada mama
"mama,tak penat pun Iq...datanglah sini kejap"ajak mama lagi
"yelah...yelah,mama ni kan ada-ada je..."jawab Iq sambil bangun dari sofa dan menuju ke arah mama.
"cuba tengok ni cantik tak..."tanya mama
"wahh...cantiknya mama"kata ku pada mama
"tengoklah,siapa yang pilih...."kata mama
"yelah...Iq tahu yang taste mama macam mana..betul tak mama"tanya Iqram
"ha...tahu pun anak mama ni..."kata mama
"tapi,buat apa mama beli cincin yang mahal-mahal ni,buat membazir je.."kata Iqram pada mamanya
"kenapa ,Iq cakap macam tu??tak baik tau"kata mama
"betullah,Iq cakap mama...kan yang murah-murah banyak"kata Iqram lagi
"Iq...dengar apa yang mama nak cakap,Iq satu-satunya anak mama dan papa tau...mama dengan papa tak ada anak lain selain Iq...mama dengan papa nak yang terbaik untuk Iq..mama tahu Iq,sebenarnya tak suka dengan pilihan papa kan....tapi Iq,percayalah cakap mama Risya memang sesuai dengan Iq.....Selama ni,mama tak pernah minta apa-apa untuk Iq buat...tapi kali ni mama nak Iq terima pertunangan ni dengan hati yang terbuka...
"tapi...mama Iq...."belum sempat Iqram menghabiskan ayatnya
"tak ada tapi-tapi...cinta boleh dipupuk Iq,cuma hati kita jerr kena ikhlas untuk menerimanya... " kata  mamanya
"Insyallah...mama Iq akan cuba"jawab Iq
"macam tu la,anak mama....mama nak Iq kenal-kenal dengan Risya."kata mama Iqram
"yelah,mama...Iq tahu"kata Iqram untuk mengambil hati mamanya

..........................................................................................

Iqram tersenyum sendirian apabila mengingati kata-kata mamanya.Betul kata mama,cinta boleh dipupuk...yang penting kena ikhlas untuk menerimanya.Dan sekarang,Iqram memang sudah jatuh cinta pada Risya.Iqram memandang Risya....beruntung aku dapat tunang seperti Risya...seorang gadis yang baik hati,cantik...dan lemah lembut orangnya.

Iqram mengangkat Risya dan meletakkan Risya di atas katil...Iqram menyelimut Risya.Iqram... mengambil sebiji bantal dan berlalu pergi meninggalkan Risya di atas katil.Iqram meletak bantal di atas sofa tempat Risya tidur tadi.....Iqram merebahkan dirinya di atas sofa tersebut.Terasa badannya sungguh penat....mana taknya puas dia merayau-rayau untuk mencari kedai pakaian tapi tak jumpa....setelah puas mencari akhirnya Iqram terjumpa sebuah kedai pakaian....Iqram akhirnya lega.......kerana dapat juga dia membeli baju untuk Risya

Iqram tidak tahu,sama ada pakaian yang telah di belinya sesuai atau tidak dengan Risya.Padanya apa yang Risya pakai semua cantik dimatanya.....Iqram bangun dan mengambil bungkusan yang di beli tadi dan mengeluarkan beberapa helai baju......Iqram membelek baju-baju yang di belinya tadi satu demi satu....mesti cantik kalau Risya pakai baju-baju ni.

Dalam Iqram berangan-angan akhirnya...Iqram juga terlena di buai mimpi.
 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura