BAB 2
Aku mencari nombor tempat dudukku....seperti yang tertera di tiket.Akhirnya aku jumpa tempat dudukku.... duduk juga aku di dalam pesawat.....di sebelah kiriku kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan dekat 30an,manakala di sebelah kananku pulak tempatnya masih kosong.... Ah,memang di sebelahku tiada orang kot????fikirku sendiri.Perempuan di sebelah kiriku tersenyum padaku.Aku membalas senyuman tersebut.
Aku bersembang-sembang kosong dengan perempuan itu.....memang sugguh mesra perempuan itu namanya kak Sha.Tengah aku bersembang tiba-tiba seorang lelaki datang dan mengaku tempat yang aku duduk adalah tempat dia.Aku melihat tiket yang ditunjukkan oleh lelaki itu sama dengan nombor tempat dudukku.Tanpa membuang masa aku terus memanggil manager.
Akhirnya,masalah dapat diselesaikan,manager pun keliru kenapa ada dua nombor tempat duduk yang sama.Disebabkan tiada orang di sebelah kanan tempat dudukku.... manager meminta lelaki tersebut untuk duduk di situ dan lelaki itu akur.Lelaki itu tersenyum padaku tapi,aku hanya buat entah tak entah je,bukan kerana aku ni sombong sebab aku bukan kenal dia pun buat apa aku nak layan dia.
Terasa mata begitu berat untuk dibuka....akhirnya aku terlena.Tanpa aku sedari aku telah terlena di bahu lelaki di sebelahku.
................................................................................................
Sampai juga akhirnya aku di Switzerland......semua orang kelihatan gembira begitu juga aku.Kami di minta oleh manager untuk menaiki bas untuk ke hotel.Hotel yang kami akan menginap adalah Ramada Hotel Solothum di Switzerland.
Aku berjalan bersama dengan kak Sha untuk menaiki bas....aku duduk di bahagian depan bas,bila kak Sha nak duduk di tepiku tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelahku ketika di dalam pesawat tadi dengan tiada adabnya duduk di tempat kak Sha.Aku terus memarahi lelaki tersebut.
"kenapa dengan u ni???kan kak Sha yang nak duduk kat sini dulu...tak habis-habis nak cari pasal dengan i kan???
"Yeker??tak perasan pulak i.....lagipun kak Sha tak kisah,dan i tak pernah nak cari pasal denagn u..Opps...lupa pulak nak kenalkan nama i.I Iqram u nama apa???kata lelaki itu
"I tak tanya pun nama u,so tak payah la u nak tahu nama i.
"Kalau macam tu tak apalah,nanti-nanti i tahu jugak.
Kami membisu seribu bahasa.....kesian kak Sha kena duduk di belakang ni semua gara-gara lelaki di sebelah aku ni.Sesekali aku dapat rasakan lelaki di sebelahku memandangku.Tapi aku buat tak tahu jer.
...............................................................................................
Setelah sampai di hotel....kami semua menjamu selera.Setelah selesai menjamu selera dan
sebelum kami semua di benarkan...untuk ke bilik masing-masing.Kami di berikan pasangan masing-masing.Pasangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan.Sungguh tidak aku sangkakan pasanganku adalah Iqram...Aku membebel di dalam hati.Apalah,malangnya nasib aku ini, pasangan aku adalah Iqram.Tidak adakah orang lain untuk menjadi pasanganku.Manakala kak Sha pulak dengan seorang lelaki yang bernama Shafiq...semua orang diberikan pasangan lelaki dengan perempuan...macam nak jodoh-jodohkan pulak.
"Hai,sekarang i dah tahu nama u???tak sangkakan Risya u akan jadi pasangan i....
"i tak minta pun jadi pasangan u....kataku dengan geram
"u tak fikir ker???
"fikir apa????jawabku dengan seribu pertanyaan.
"Mungkin kita ni ada jodoh....kata iqram sambil tersenyum
"Mengarutlah....malas nak layan u.
Sebelum aku berlalu pergi untuk ke bilik....sempat juga Iqram berkata.
"Ingat sweetheart,u jadi pasangan i...jangan turun lambat atau bangun lambat nanti kita sama-sama yang susah tau...."
Aku berpaling dan menjeling ke arah Iqram....dengan pandangan tidak puas hati.Mengada betul si Iqram ni..rungutku di dalam hati sambil melangkah ke arah kak Sha untuk menuju ke bilik.Aku tengok kak Sha begitu senang dengan pasangan yang di beri.Aku berjalan seiringan kak Sha untuk ke bilik...kak Sha dan aku akan berada di sebelah bilik ditingkat yang sama.
"Risya kenapa ni,macam ada masalh jer???tanya kak Sha
"Tak ada apa-apa kak Sha,cuma saya tak suka la dengan si Iqram tu,geram betul saya dengan dia..."
"Kenapa pulak,akak tengok dia okey je,macam dia suka kat Risya jer..."
"Eh,akak ni ke situ pulak,saya rasalah kak dia tu macam nak kenakan saya je.
"Dahlah tu jangan fikir yang bukan-bukan....."
Akhirnya sampai di depan pintu bilik aku....tidaklah aku risau sebab di sebelah bilikku ada kak Sha.
Kalau ada apa-apa masalah bolehlah aku minta tolong kak Sha.
"Oklah,kak Sha masuk dulu la,apa-apa nanti bagitahu kak Sha....."
"Yelah...jawabku ringkas
"Ha lagi satu,malam ni nak turun makan tak....???
"Mestilah,nak akak ni....nanti akak nak turun panggil Khalish yer???
"Ok..Khalish.."
Aku terus masuk ke bilik dan menghempaskan badan ke atas tilam yang empuk...penat rasanya, rasa nak jer terus tidur sampai pagi esok.....Tapi yang pasti malam nanti mesti perut ni akan terasa lapar.Em,tak mengapalah...aku rehatlah dulu sekejap,lagipun masih awal.Mata pulak terasa mengantuk apa kata aku tidur je dulu.....Akhirnya terlelap aku dengan begitu lena sekali.