Sunday, 20 November 2011

ADAKAH CINTA 5

BAB 5


Akhirnya kami sampai di Hotel……dan sampai di depan pintu bilik ku.Tapi,Iqram hanya diam seperti mati kutu di aku buatnya…..tidak tahu apa yang harus aku katakan padanya,samada selamat malam,jumpa lagi esok ataupun aku masuk bilik buat bodoh jer!!!Iqram memandangku,belum sempat aku berkata apa-apa Iqram terlebih dahulu….mengucap selamat malam padaku.Belum pun aku berkata apa-apa Iqram berlalu pergi…….Begitu juga dengan aku,melihat dia berlalu pergi terus membuka pintu bilik dan melangkah masuk dengan tenang.

Penat,yang teramat sangat…ni semua pasal Iqram kalau bukan sebab dia aku dah lama tidur,siap dapat mimpi yang indah-indah lagi.Aku tanpa berlengah terus menukar pakaianku…..dan bersiap sedia untuk tidur. Waktu sekarang sudah pukul 12.30 am….Alahai,kenapalah aku mesti jumpa dengan Iqram tu???kenapa…kenapa…kenapa???hidup aku tertekan sejak berjumpa dengannya.
................................................................................

Manakala Iqram di biliknya……tidak dapat melelapkan mata,tidurnya terganggu…..pusing kanan nampak Risya pusing kiri nampak Risya……apa kena dengan aku ni???ke dah gila bayang aku dengan si Risya.Aku datang sini bukan nak aku bercintan cintun dengan  si Risya tapi,aku datang sini sebab aku nak temankan dia,sebab aku dah janji dengan abang dia.Em,tapi…apa salahnya,Risya tu kan tunang aku….lagipun tak salah kalau aku cuba mendekatinya….dia je yang tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu pasal kewujudan aku sebagai tunang dia.

Aku memang bertunang dengan Risya  kerana permintaan keluargaku dan keluarganya.Memang aku juga tidak pernah mengenalinya…..malah jauh sekali dekat dengannya. Bukan kerana aku yang tidak mahu mendekatinya malah dia yang tidak ingin bertemu denganku,walaupun sekali….pernah aku mengajaknya keluar untuk makan malam dan ingin mengajaknya keluar berjalan-jalan tapi,macam-macam alasan yang di berikan….aku tidak pernah berputus asa,aku sentiasa mencuba sedaya upaya aku untuk mengajaknya keluar……namun selalu saja alasan yang di lemparkan pada aku.

Pernah juga aku bertandang ke rumahnya untuk berjumpa….malah segala-galanya hampa….yang aku dapat dari segalanya perasaan sakit hati….aku tidak pernah berputus asa untuk mendekatinya…..dan inilah peluang yang terbaik untuk aku mengenali hati budinya.Aku telah berjanji dengan keluargaku dan keluarganya untuk menjaga Risya sebaik mungkin.

Aku memang sukakan Risya sejak pertama kali terpandang gambar Risya yang uncle Zariman berikan padaku,sejak gambarnya ku terima sebelum datang ke Switzerland…gambar itu sentiasa dalam dompetkudan menjadi peneman tidurku di kala malam.Memang perasaan yang ada dalam diriku pada Risya pada mulanya hanya paksaan dan semakin hari perasaan ingin berjumpa dengan Risya berkobar-kobar,walaupun tidak pernah sekali pun aku ada peluang untuk mendekatinya,sejak bertunang dengan Risya perasaan sayang tidak pernah wujud dalam hatiku tapi sekarang perasaan sayang aku tiba-tiba muncul tanpa aku sedari …..malah sejak bertemu dengan Risya ada satu lagi perasan yang hadir dalam diriku selain sayang…….mungkinkah ini di namakan “cinta”?????aku sendiri tidak pasti apakah perasaan itu……

Sejak bertemu dengan Risya perasaan rindu sentiasa ada untuknya…..dan sekarang mungkin juga perasaan cinta.Apa lagi yang patut aku lakukan untuk mendapatkan cinta dan perhatian dari Risya????Risya seorang gadis yang keras hati,keras kepala….tegas,tapi di dalam kekerasan dan ketegasan hati itu,aku dapat melihat satu sifat kelembutan dari sinar matanya bila aku menatap matanya…Aku mesti sedaya upaya menawan hatinya…..tapi perlukah dia tahu ?????siapakah diriku yang sebenarnya????mungkin belum masanya lagi untuk aku berterus terang……

Tiba-tiba aku teringatkan kedatangan abang Izham dan kedua ibubapanya ke rumahku…dalam keadaan yang amat merisaukan……
“Iqram…abang nak kau tolong ikut Risya ke Switzerland sebab kau saja yang dapat abang harapkan….Lagipun kau bakal suami Risya….”
“Tapi,bang…apa yang abang,untie and uncle nak saya tolong ini memang saya tak dapat nak tolong….”
“Iqram Mengimbas kembali ketika abang Izham datang ke rumah malam tu bersama-sama dengan uncle and untie….dalam keadaan yang amat mengelirukan aku….
“kamu tu bakal suami Risya…walaupun kamu tidak pernah mengenali dan berjumpa dengannya….papa yakin kamu dapat menjaganya dengan baik….kata Tan Sri Syed Haikal papa Iqram.
“Iqram…mama juga yakin,kamu dapat mnejaganya di sana.Lagipun kami semua ni risaukan Risya sebab sebelum ni dia tak pernah pergi ke mana-mana seorang diri.Kata Puan Sri Marina,mama Iqram….

“ni gambarnya…untie dengan uncle yakin,kamu dapat tunaikan permintaan kami.Kata Dato’Zariman papa Risya.Iqram mengambil gambar Risya tanpa melihatnya.

“Baiklah…kalau itu yang mama,papa,uncle,untie dan abnag Izham nak saya akan tunaikan……lalu aku meminta diri untuk ke bilik untuk megemaskan pakaianku….di dalam kamarku…aku membuka ovelope yang diberikan oleh uncle tadi.Aku menguatkan semangat untuk membukanya…..dan mengeluarkan gambarnya perlahan-lahan,alangkah terperanjatnya aku apabila melihat gambar tunangku sendiri….sungguh manis dan cantik,tiba-tiba hatiku terpaut seperti ada satu tarikan magnet….Kalau sebelum ini aku hanya memaksa hati dan perasaanku padanya tapi kini perasaannya bertukar menjadi kerelaan.Aku menatap gambar itu dengan perasaan yang ingin tahu lebih mendalam tentang tunangnya sendiri.

Kalau dulu…mama yang selalu memaksaku menelifon dan berjumpanya,tapi sekarang dengan rela hati aku akan mengejarnya.Aku memasukkan gambar itu ke dalam dompetku…..biar ia selalu menemaniku ke mana saja ku pergi……

Oleh sebab itu aku berada di sini sekarang…aku berjanji pada diriku yang aku akan menjaga Risya dengan sebaik mungkin…..aku juga akan pastikan yang Risya akan menjadikan seorang insan yang akan senantiasa bertahta di hatinya….
Akhirnya…Iqram terlelap,dibuai mimpi.Dalam tidur yang mata melenakannya.....
.............................................................................

Begitu juga dengan Risya di biliknya,dia juga di buai mimpi....yang sangat indah.Tidur dengan penuh
kepenatan.....selepas melayani karenah Iqram......dan Risya amat berharap agar hari esok tiada kepayahan yang akan dia tempuhi bila berhadapan dengan Iqram................
 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura