Monday 12 December 2011

ADAKAH CINTA 9

BAB 9


Mana pulak la si Risya ni.....semua orang tengah tunggu dia dengan Adam.Mana agaknya dia orang pergi ni...tapi takkanlah mereka jalan berdua tadikan Risya hanya jalan seorang diri.Tak mungkin,tak mungkin....tapi macam mana pulak kalau betul mereka berdua.....???Ishh...tak boleh jadi ni.Mana aku nak pergi cari Risya ni???tempat ni dahlah besar.Ahh...tunggu kat sini sampai dia datang je.Nanti kalau aku pergi cari dia kan tiba-tiba pulak dia muncul......

Iqram berasa tidak sedap hati.....kerana Risya masih tidak muncul-muncul juga.Tambahan lagi Adam juga tiada di sini....fikiran Iqram buntu.Risya kalau apa-apa yang terjadi pada tunangnya.Iqram bagaikan cacing kepanasan....serba serbi tak kena.

.................................................................................

Alamak...aku dah lambat ni.Masaklah,nanti kalau aku kena marah dengan manager.Memang confirm kejap aku akan kena marah....tapi bukan manager tapi dengan Iqram tu.Dia pulak yang lebih-lebih bila aku lambat.

Kali ni aku lambat sebab bukan pasal aku sendiri yang nak lambat...ni semua pasal mat salleh tu la yang langgar aku....habis baju aku terkena coffee.Kenalah,aku beli baju baru.Dahlah nak cari baju punya susah dan sesuai.Tapi,nasiblah tadi aku terjumpa Adam yang kebetulan lalu kat situ dan ternampak aku dengan pakaian yang terkena coffee......

Adam telah membawaku ke satu kedai yang mempunyai baju-baju yang sesuai dan simple.Aku memang suka cara pemakaian yang simple...........tapi,yang tidakku sangka Adam yang membayar harga pakaian yang aku pakai sekarang.Walaupun sudah aku tegas padanya yang aku sendiri ingin membayarnya.Kata Adam ni tanda perkenalan dia dengan aku.

Aku dan Adam berjalan seiringan....tapi Adam menolongku membawa barang-barang yang aku beli tadi...aku terasa segan dengannya,mana taknya aku dah menyusahkan dia.Tapi,nak buat macam mana dah aku kata jangan dia nak tolong juga bukan salah aku pun..........

.................................................................................

Ketika menaiki bas semua mata tertumpu padaku dan Adam.....terutama sekali Iqram,tengok aku macam nak telah aku hidup-hidup.Aku dan Adam di marahi oleh manager....tapi aku buat tak tahu je,tapi aku rasa bersalah sebab aku Adam juga turut kena marah......Kalau bukan sebab aku,Adam takkan di marahi manager.

Setelah,aku terangkan pada manager barulah,dia faham situasi yang aku lalui.........Manager memintaku dan Adam duduk sebab kami akan bertolak....hanya ada dua tempat kosong dalam bas tersebut satu di sebelah Iqram dan satu lagi di belakang Iqram iaitu di sebelah Adam.....Hisy,mana pulak aku nak duduk ni, takkan nak duduk kat sebelah Iqram kot...malulah aku nanti.Ah...aku duduk kat sebelah Adam.....je la.

Aku melalui kerusi-kerusi di dalam bas tersebut.....ketika aku melalui tempat Iqram,tiba-tiba terasa tanganku di tarik seseorang....bila aku melihat rupa-rupanya Iqram yang menarik tanganku.Aku terjatuh ke atas Iqram......aku betul-betul terasa malu,marah,geram dan macam-macam lagi.

"apa ni............??tanyaku pada Iqram.
"apa...apa u yang duduk atas i kan.Jawab Iqram padaku
"I pun tak inginlah nak duduk atas u....tau tak.
"yeker???hahis tu yang u duduk dan tak bangun-bangun ni kenapa?????
"I tak sudi langsung nak duduk atas u...dahlah malas nak layan u buat sakit hati je....
"Sorry la,i tak sengaja...i bukan apa i nak u duduk kat sini.
"Risya u ok ke????tanya Adam yang berada di belakangku....
"Yes,i ok......
"U nak duduk kat sebelah i ke????tanya Adam lagi
"Em,tak apaah...i duduk kat sini je.
"ok...kalau macam tu.Jawab Adam seakan merajuk.

Risya hanya mendiamkan diri...seolah-olah marah dengan Iqram.Iqram di sebelahnya hanya di anggap seperti patung.....yang tak pernah wujud.Bila Iqram menegurnya,dia akan buat-buat tidur...........
.................................................................................

Jangan kau mimpilah Adam.......Risya akan duduk kat tempat kau!!!Dia tunang aku,jangan kau mimpi boleh merampasnya dari aku.Tidak akan sesekali selepas ni aku akan membiarkan kau mendekati Risya....kau tengoklah nanti.....
 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura