Saturday, 10 September 2011

KISAH MEREKA

Hasil nukilan saya kali ini adalah berdasarkan kisah benar,pahit getir yang di alami oleh sahabat- sahabat saya....bukan niat di hati ini ingin menaibkan mana-mana pihak tapi saya ingin sekadar berkongsi cerita kepada sahabat-sahabat semua........

   Saya masih ingat ketika saya berada di Tingkatan Satu(1),saya mempunyai seorang sahabat yang diwaktu itu tidak pernah sekali pun dia menulis nama ayahnya di buku latihannya.Bila ditanya kenapa dan mengapa?Dia akan menjawab...aku tidak pernah mempunyai seorang ayah,aku hanya punya emak yang selama ini yang cuba membesarkan aku.
         Dia seorang pelajar yang sangat cerdik,seorang pelajar yang bijak dan penuh rasa simpati terhadap orang lain.Namun,mengapa dendamnya keterlaluan terhadap ayahnya sendiri?mengapa kesumat dia mengheretnya melupakan seorang ayah yang patut dikasihi.......


 Ketika saya berada di tingkatan empat(4) pula,saya bertemu dengan seorang sahabat yang dipandang liar oleh keadaan sekeliling.Pernah ditangkap kerana masuk ke disco dan telah digantung dari sekolah selama dua minggu....Apabila di cari punca masalahnya,sahabat saya ini rupa-rupanya datang dari keluarga yang berpecah-belah.Kerana penceraian kedua ibubapanya.

Kisah ini sering membuat hati saya rawan,sedih dan berasa simpati.Apabila saya dapat melanjutkan pelajaran di IPT pula,saya bertemu dengan sahabat yang telah ditinggalkan oleh suaminya yang telah didera mental dan fizikalnya.Tidak ada apa yang boleh saya bantu kecuali memberi semangat dan sedikit doa supaya mereka tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang hadir dalam kehidupan kita....hidup kita tidak pernah lari dari masalahnya.

Hidup mesti diteruskan juga.Jangan musnahkan kehidupan kerana gagal dalam perkahwinan serta cinta.Kerana cinta sesama manusia tidak dapat diduga,ianya boleh datang dan pergi  jika ALLAH swt mengkehendakinya.Cuma yang paling utama,cinta pada diri sendiri dan kehidupan kita yang akan datang.Ye,memang mudah untuk saya berkata kerana saya tidak pernah mengalaminya,tetapi hati kecil saya mengerti betapa pedih dan menderitanya sahabat-sahabat saya ini kerana kehilangan kasih sayang dari seorang insan....

 NOTA BUAT SEMUA INI.....kursus untuk sahabat  dan pembaca yang pernah melalui atau pernah mengalami perit pedih rasa hati apabila kekasih hati,ayah,suami atau sesiapa saja yang kita kasihi telah pergi...jauh dari kita.Berusahalah,berdoa serta berserahlah moga diri kita yang menderita ini terubat jua di suatu masa nanti.......


                                                                                

    
         

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura