Saturday, 10 September 2011

RENUNGAN

Bismillah..

Memang adat manusia, pelupa. Selalu membuat dosa dan lalai dalam kehidupannya seharian.

Kadang-kadang, timbul persoalan.. BANYAKNYA DOSA.. MASIHKAH ADA PENGAMPUNAN ALLAH BUATKU?

Sahabat2ku, PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA sebelum matahari keluar dari dan sebelum nyawa sampai ke kerongkong. PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA LUAS..

ALLAH sangat sayangkn hambanya yang bertaubat..


                        اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.


“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”.       (Suah al-Baqarah: 222)


Apa itu TAUBAT??

sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


                                                         اَلنَّدَمُ تَوْبَةٌ


“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


TAUBAT NASUHA


firman Allah:


يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا عَسَى رَبُّكُمْ اَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ


“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” (surah at-Tahrim: 8)


MAHA SUCI ALLAH.. Dengan TAUBAT.. DIA GANTIKAN DOSA-DOSA KITA DENGAN KEBAIKAN..


Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah menggariskan cara taubat nasuha:

1) Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

2) Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

3) Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

4) Memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya.


-Allah berfirman lagi:


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُنُوْبَ جَمِيْعًا.

“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (surah az-Zummar: 53)


-Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan: Rasulullah bersabda:


اِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِئُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِئُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.


“Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)”.   (Hadith riwayat Muslim)


NAH..

SAHABAT2, APE YANG KITA TUNGGU LAGI?

NAK TUNGGU NYAWA SUDAH SAMPAI KE KERONGKONG?

NAK TUNGGU MATAHARI TERBIT IKUT BARAT?

CUKUPLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI... SAMA2 KITA BERTAUBAT KEPADA ALLAH..

SAMA2 KITA MENJADI ANTARA YANG SENTIASA BERTAUBAT DAN MENYUCKAN DIRI...

SUBHANALLAH... ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIH.

Wallahu'alam~

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura