Friday 14 October 2011

CINTAKU PADANYA 2

B mengajakku makan..katanya dia ingin belanja aku maka.Aku apa lagi dah orang dah nak belanja kita makan, aku okey je bab-bab makan ni rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari.Lagipun aku dari tadi lagi perutku bergendang.

Kami seterusnya melangkah mencari kedai untuk makan,hanya mencari berdekatan perhentian bas.Akhirnya, kami singgah di satu kedai yang diberi nama 'Warung Pak Mat' yang mempunyai tasik.Terasa nyaman bila dapat menghirup udara segar ditepi tasik.Aku dan B mengambil tempat untuk duduk.Seorang perempuan. lingkungan 30an dapang untuk mengambil pesanan kami.
"Ha..kau nak makan apa along?tanya B pada aku.
Along adalah panggilan nama aku.Semua ahli keluarga serta saudara mara aku memanggilku along...tapi bukan 'ah long' yang kutip hutang tu tau!!biasalah aku ni anak sulong so panggillah along.
"Aku nak makan nasi ayam la..dengan limau ais"
"Kau ni tak habis-habis nasi ayam dengan limau ais...."
"Alah,kau ni macamlah tak tahu tu sudah kegemaran aku dari dulu lagi....."
Setelah mengambil pesanan perempuan itu berlalu pergi...kelihatan ramai juga orang di 'Warung Pak Mat'... mesti makanan kat sini sedap.

Opps,lupa pulak nak citer pasal B....B ni lebih muda dari aku sebenarnya,umurnya baru 13 tahun.Dia pun anak sulong macam aku jugak.Semua saudara mara kami juga memanggil dia kak long,bukan along yer. Kadang-kadang pernah juga antara kami tersilap dengar bila ada saudara maraku yang memanggil salah seorang dari kami.malu juga bila tersilap dengar.

Sebelum makanan yang kami order sampai,aku dengan B berbual kosong cerita hal masing-masing...tiba-tiba pulak tersentuh bab 'buah hati' ni.
"eh..long kau ni dah ada 'buah hati' ke belum lagi???
"em..sibuk pulak kau ni taku nya pasal 'Buah Hati' aku,kau tu tanya-tanya ni kau tu macam mana pulak???
Kadang kala sepupu aku yang seorang ni boleh jadi busybody jugak...Alah,orang zaman sekarangkan tipulah kalau cakap tak ada 'buah hati'Dari senyuman B aku tahu dia sudah berpunya...apa lagi sudah ada 'buah hati' pengarang jantung lerr...Baru je aku nak kenakan B,tetiba seorang perempuan datang menghantar pesanan kami tadi...agak lambat sikit makanan sampai,tapi takpe kami faham sebab ramai orang kat warung ni.

Perbualan kami tergantung di situ...sebab aku dah lapar sesangat dah ni,makanan yang ada didepan aku  apa lagi selepas membaca kalimah bismillah aku terus ngap ler....tanpa menghiraukan keadaan sekeliling biarpun pada waktu itu suasana riuh rendah dengan hilaian tawa...makin lama makin ramai pulak orang yang datang ke 'warung Pak Mat' ni.

Betul sangkaan aku,makanan di sini memang sedap...aku melihat B makan dengan penuh selera,sampai tak ingat aku ada kat depan dia....macam tak makan seminggu aku tengok.Eh,jahat pulak mulut aku ni...makan punya makan tetiba ada sekumpulan mamat-mamat muda duduk bertentangan depan aku....tapi,aku hanya buat tak tahu jer....aku terus menikmati nasi ayam kegemaranku.

Aku dapat rasakan,ada 'mata-mata' memandang ke arahku...eh,perasaan juga aku ni.Bukan aku sorang kat sini.Ah,mungkin dia tengok B kot tapi aku pulak yang perasan.Aku rasa makin lama makin galak pulak 'mata-mata' tu melihat ku.Hisy...ni tak boleh jadi ni.B ni pulak kalau dah makan tak tengok kiri kanan,depan dan belakang...itulah tabiatnya dari dulu lagi....
"B cuba kau tengok mamat tu pandang ke sini la....
"Mamat mana pulak ni...
"Tu...ha,mamat kat belakang kau tu!
"Alah,pedulikanlah mamat tu...bukan tengok kita pun
"Apa kau cakap B tak tengo kita,dari tadi lagi mamat tu asyik pandang je ke arah kita ni....
"Alah,kau ni...entah-entah mamat tu tengok pokok ke,tengok tasik ke.....
"Ya...tak ye jugakkan....dahlah cepat la makan aku nak balik mandi pulak ni....

Aku sudah tidak selesa lagi nak meneruskan makan....aku hanya melihat B je yang makan.Aku dapat rasakan mata itu memandangku lagi....aku 'curi-curi' memandangnya,sahlah,memamg mamat tu tengok aku.Aku memandang mamat tu yang sedang gelak ketawa dengan gengnya,tiba-tiba mata kami bertentangan....ku dapat rasakan satu debaran yang tidak pernah aku rasakan...jantungku berdegup kencang..mamat tu tesenyum padaku.....
"jom..long,.aku dah siap ni.B memanggil seorang perempuan untuk membayar harga makanan yang kami santap tadi...
"ok,jom la aku tadi lagi dah siap cuma tunggu kau makan je....kataku pada B

Aku dengan B melangkah untuk meninggalkan warung tersebut....B menolongku mengangkat beg pakaianku.
Aku mengekori B keluar dari warung tu...sewaktu aku melintasi meja sekumpulan mamat tu,aku sempat menoleh ke arah mamat tadi...dia tersenyum padaku..manakala geng-geng dia bye pada kami.Tiba-tiba B bersuara....
"Cepatlah,jangan di layan 'mamat-mamat sewel' tu...
Aku hanya berdiam diri..mengekori B dari belakang,B menahan teksi......semapat aku menoleh mamat tu buat kali terakhir sebelum maasuk ke dalam teksi.......B datang menjemput aku dengan teksi je,sebab ma dengan abahnya tak dapat datang ambil aku kerana menurut B orang tuanya ada hal.....

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura