Monday 10 October 2011

CINTAKU PADANYA 1

Tidak lama lagi peperiksaan SPM bakal bermula,aku serta rakan-rakan sekelas aku tidak lagi membuang masa seperti awal tahun yang lalu.Masa awal tahun dulu kami ada jugalah main-main sikit tanpa menghiraukan peperiksaan yang bakal kami tempuh namun semakin hari bila peperiksaan semakin menghampiri kami,kami sedikit demi sedikit perasaan sedar datang dalam diri kami semua.Sejak dari itulah,kami berusaha utuk belajar,kami tahu mungkin kami sudah terlambat untuk belajar namun kami tetap tidak berputus asa,kerana kami ada cikgu yang sentiasa membimbing kami.Dan sekarang kami betul-betul sedar bahawa pada masa ini bukan masa untuk kami bermain,bercinta,merayau serta melepak tak tentu hala.

Kami tidak lagi membuat aktiviti yang tidak berfaedah.Kami semakin hari semakin sedar behawa peperiksaan yang bakal kami tempuh itu amat besar.Kesedaran itulah,kami selalu melakukan aktiviti yang berfaedah.Aku seperti biasa dengan geng-geng aku Ina,Lina,Salwa,Jue dan Fatimah "Study group" bersama.
  Habis kelas sahaja,kami akan melakukan aktiviti study group bersama sekiranya tiada kelas tambahan.Kami bertungkus lumus belajar dan belajar.....sebelum beberapa hari peperiksaan SPM,kami bermaaf-maafan antara satu sama lain,sehingga la peperiksaan SPM pun bermula.

Hari ini adalah hari pertama peperiksaan SPM,semua pelajar tingkatan 5 berdebar-debar.Begitu juga dengan diri aku,pagi ini peperiksaan SPM akan bermula...kakiku sukar untuk melangkah masuk ke sekolah pada pagi ini.Namun aku harus menerukan tugasku sebagai seorang pelajar,peperiksaan inilah yang akan menentukan kemana arah tuju hidupkju selepas ini.

"Wey,kau buat apa termenung kat sini Risya???kau ni kuat betul mengelamun....
"Eh,kau ni Ina,terkejut aku dah la datang tak dijemput apatah lagi bagi salam.Lain kali bagi la salam tu dulu,nasib baik la kawan baik kau ni xde sakit jantung kalau tak dah lama kau tak jumpa aku...sambil aku membebel panjang pada Ina"
"Alah,aku saja je nk buat kau terkejut sebab aku tengok kau mengelamun jauh sangat.
"Mana ada la,aku cuma terfikirkan masa depan kita lepas SPM nanti,kau rasa macam mana hidup kita lepas ni Ina???kau rasa kita akan sentiasa mengingati antara satu sama lain ke tak???
"Kau ni kan Risya,kita ni baru je nak SPM,kau dah cakap benda yang tah mana arah tuju pun aku tak tahu...

Tiba-tiba loceng kelas berbunyi,menandakan kami harus segera menuju ke tempat peperiksaan yang bakal berlangsung sebentar lagi.
"Jomlah,loceng dah berbunyi tu..nanti kita lambat pulak,kata Ina
"Yelah,jomlah kita pergi sekarang Ina.
Kami berjalan menuju ke dewan peperiksaan.Kelihatan semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing,kami tidak merasa kekok kerana telah diberikan angka giliran di meja.Tidak lama kemudian,seorang guru masuk ke dewan,dah mengarahkan kami supaya bersiap sedia.Aku tidak putus-putus membaca doa supaya dipermudahkan olehNya untuk aku menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Aku menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.Masa berganti masa dan waktu berganti waktu sehingga waktu peperiksaan SPM selesai.Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Ina,Lina,Salwa,Jue dan Fatimah serta kepada kawan-kawan yang lain.

Sudah seminggu aku dirumah setelah peperiksaan SPM habis,aku tidak tahu apa yang ingin aku lakukan di rumah.Terasa bosan kerana tiada aktiviti yang dapat aku lakukanIngin aku mengajak geng-geng aku melepak bersama namun hampa semua kawan baikku sibuk kerana mereka semua bekerja.Hanya aku seorang sahaja yang masih menganggur di rumah.Aktiviti yang aku akan lakukan di rumah makan dan tido selain membantu ibuku.

Dua minggu selepas peperiksaan SPM aku mendapat panggilan telefon daripada sepupuku Nabihah yang aku panggil dirinya B.B adalah sepupuku yang paling aku rapat walaupun B sepupu tiriku namun hubungan kami begitu baik sekali,biarpun jauh kami sentiasa bertanya khabar.Panggilan yang aku terima dari B adalah berita yang amat menggembirakan aku,kerana aku tidak akan merasa bosan lagi kerana menurut B bapa saudaraku iaitu pak longku memintaku supaya menolongnya di kedainya sementara aku mendapat tempat di mana Universiti.Abah B iaitu pak longku mempunyai sebuah kedai makan yang di beri nama Restoran Miza gabungan antara nama pak longku dan isterinya yang aku gelarnya mak long,Restorannya terletak di bandar Pasir Puteh,Kelantan yang betul-betul berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut.Restoran Miza milik pak longku begitu maju dan mempunyai ramai pelanggan setiap hari.
Setelah,selesai aku bercakap dengan B di telefon aku terus mendapatkan ma dan abahku untuk memberitahu apa yang telah B beritahuku tadi.Abah dan maku merestuiku untuk membantu pak longku.Abahku telah menempah tiket bas untuk aku bertolak ke Kelantan dan lusa aku akan bertolak ke Kelantan dengan menaiki bas.Abah,ma serta adik-adikku menghantar aku ke perhetian bas di Geliga.Terasa berat hatiku untuk meninggalkan keluargaku kerana sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dari kelurgaku.


Terasa perjalananku begitu lama,tidak sabar rasanya untuk aku bertemu dengan sepupuku B yang sudah lama tak berjumpa.Seingat aku sudah tiga tahun tidak berjumpanya,kali terakhir aku berjumpa dengan B masa raya tiga tahun lepas.
Akhirnya,sampai juga aku di Kelantan,sewaktu aku ingin mengambil beg pakaianku di perut bas aku terdengar seseorang memanggilku.Aku menoleh dan melihat B yang telah memanggilku.Kami berpelukan tanpa menghiraukan sesiapa di situ.Selepas itu B menolong aku mengangkat beg yang aku bawa......

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura