Sunday, 20 November 2011

ADAKAH CINTA 6

BAB 6


Jam sudah menunjukkan sudah pukul 8 pagi.Hari ini adalah hari pertama yang akan diadakan….semua ahli-ahli trip telah berkumpul di lobi hotel kecuali Risya…..Mana pulak la dia ni,tak payah-pasal aku pulak yang kena marah dengan manager,ni mesti tengah tidur lagi ni.Aku bertanyakan kak Sha pasal Risya,tapi kak Sha cakap tadi dia dah panggil Risya kat bilik tapi,tak de sahutan pun,ingatkan Risya dah turun tu yang kak Sha terus turun.

Manager mengarahkan aku supaya….memanggil Risya di biliknya,sebab Risya adalah ‘couple’ aku….semua ahli trip dah merungut pasal si Risya ni….mana taknya,ada ahli-ahli trip yang datang ke Switzerland ni baru first time ke mari….tu ada yang tak sabar-sabar nak pergi ronda-ronda Bandar Switzerland dan seterusnya kami akan ke Austria.

Aku terus melangkah…..menuju kearah lif untuk ke bilik Risya.Akhirnya sampai jua aku di depan bilik Risya.Aku mengetuk pintu bilik Risya,namun tiada sebarang respon yang di berikan Risya….terasa risau juga kerana dari tadi lagi aku memanggilnya tapi pintu tidak juga di buka.

Kebetulan ketika itu ada housekeeping yang baru sahaja mengemas bilik di depan bilik Risya…..aku meminta housekeeping lelaki tersebut untuk membuka pintu bilik Risya……dengan berpura-pura pintu bilikku terkunci dan aku terlupa untuk membuwa kunci…..dengan akur housekeeping itu membuka pintu bilik Risya.

Setelah mengucapkan terima kasih housekeeping tersebut berlalu pergi,aku terus melangkah masuk ke bilik Risya….aku melihat Risya tidur dengan lenanya….Hisy,kalau hotel ni terbakar sekalipun mahu dia tahu sedangkan aku ketuk pintu pun tak dengar sampai sakit tangan-tangan aku.Aku mendekati ke katil Risya……

Risya….sungguh comel dan manis tunangku ini,alangkah bahgianya kalau kau tahu yang aku ni tunang kau sayang….ingin sekali aku menyentuh wajahmu dan membelai rambutmu itu,tapi apakah hak aku untuk menyentuhmu…..aku hanya mampu melihat dan memandangmu sahaja. Memandangmu tidak pernah membuatkan aku merasa jemu.

Aku merasa bersalah kerana mengajak kau keluar semalam…tapi aku buat semua ini untuk mendekati dirimu sayang,aku ingin menyedari kau bahawa aku akan sentiasa ada di sisimu,sesungguhnya aku telah jatuh cinta padamu…..baru aku sedar akan perasaan aku.Inilah yang dinamakan “cinta”……

Tidak sanggup rasanya aku untuk mengejutkanmu sayang….namun aku terpaksa jua melakukannya….tapi macam mana caranya untuk aku mengejutkan Risya.
“Hi…princess,bangunlah ni dah pukul berapa”                                                   
 “em…kacau je nak tidurlah……..                                                                                 
“semua orang dah tunggu u kat bawah tu dah bangun cepat….”                  
“suruhlah,diaorang semua tunggu…..i belum puas lagi ak tidur ni”               
“banyaklah,nak tunggu u…kita dah nak check out tau,nantikan tak pasal-pasal u kena tinggal pulak….                                                                                          
  “I nak tidur la jangan ganggu I boleh tak……”                                                      
  “ok,kalau macam tu…tiba-tiba pulak I pun rasa mengantuk,biar kita sama-sama kena tinggal….” Sambil Iqram masuk ke dalam selimut yang membalutiku.                                                           “aaaa……eh,macam mana u boleh masuk dalam bilik I ni????marah Risya   
“kenapa u tak nak tidur pulak sayang,tadi kan u cakap nak tidur…..macam mana I masuk tak penting,yang penting sekarang ni baik u pergi bersiap cepat.
“ok…ok,I siap.
…………………………………………………………………………………………………….
Dengan pantas aku bangun dan terus menuju ke tandas….aku bersiap macam robot.Iqram sudah pun keluar dari bilik aku,entah mana dia pergi dah turun bawah kot.Gila punya lelaki dah masuk bilik aku suka hati dia je, geram betul aku…tapi macam mana dia boleh masuk bilik aku,ilmu apa yang dia pakai……aku merungut sambil mengemas barang-barangku.

Yes…akhirnya siap juga aku mengemas,mesti semua orang tengah tunggu aku…kesian,kat mereka.Aku tidur sampai tak ingat dunia.Aku check sekali lagi apa yang belum aku kemas…..ok,semua dah siap.Bila aku membuka pintu bilikku,terkejut aku….rupanya Iqram belum turun lagi.Dia menolong membawa begku….walaupun aku tegas…..tapi takpelah,orang dah offer diri nak tolongkan terima je la.

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura