Friday, 4 November 2011

ADAKAH CINTA 3

BAB 3

Ketukkan pintu bertalu-talu mengganggu tidurku....Hisy,siapa pulak ler yang mengacau aku ni???ni mesti housekeeping yang nak kemas bilik ni...nak tidur pun tak senang!!!Malas aku nak layan baik aku tidur je...buat tak tahu,lagi pun aku tahu bukan kak Sha,sebab tadi kak Sha dah call ke bilik aku dan bagitahu aku yang dia tidak jadi nak turun makan....katanya tak larat.Sama jugak macam aku penat,letih semua ada.Semakin lama semakin kuat pulak ketukkan pintu,macam nak tercabut pintu...bilik aku.

Aku dengan lagkah longlai dan malasnya bangun berjalan menuju ke pintu,apa punya oranglah dah tahu orang tak buka pintu...tak payahlah nak ketuk-ketuk lagi.Aku memulas tombol pintu dengan malasnya,sambil mata ku masih tertutup lagi.

" i don't want u clean my room,u can go......."aku ingin menutup kembali pintu tapi housekeeping tu menolak.Aku terkejut dengan tolakkan pintu tersebut.Aku menggosok-gosok mataku,dan sekarang aku dapat melihat siapa yang berada di depanku sekarang.Apa pulaklah dia nak ni.......
"Amboii...tuan puteri u ingat i ni housekeeping ker????
"Hey,u buat apa kat sini...???
"Em..u tak tahu ke bilik i sebelah bilik kak Sha...???
"I tak tahu dan i tak nak ambil tahu pasal u,baik u pergi sekarang....."
"Kalau i tak nak pergi u nak buat apa???
"Kenapa u ni suka sangat nak buat i marah,dan kenapa u mesti mengganggu i dah tak ada orang lain ke selain i yang u suka kacau....???
"Saja i suka kacau u....dan i nak ajak u turun makan"kata Iqram sambil merenungku dengan tajam dari atas sampai kebawah.Apa yang di pandang pun aku tak tahu nak kata aku pakai pakaian yang menjolok mata tak ada pulak.
"Ah...tak payahlah u nak ajak-ajak i,i tak ada selera nak makan.... dah kenyang so u boleh pergi sekarang dan jangan ganggu i..."
"I takkan pergi dari sini tanpa u...kalau u tak nak makan so apa salahnya kalau u teman i kejap... kesianlah kat i ni..."
"u dah tak ada orang lain ke nak ajak,i ni kenal u pun tidak and u datang sini u ajak teman u pergi makan pulak....kenapa dengan u ni???i nak pergilah..."
"Kalau u tak nak pergi i akan tunggu kat sini sampai u ikut i...."kata Iqram dengan tegasnya.
"Ikut suka u lah,nak tunggu 10 hari 10 malam pun,i peduli apa!!sekurang-kurangnya,ada juga bodyguard yang jaga bilik i dan tak payah i nak risau pasal keselamatan i....dahlah malas nak layan u...."Aku membiarkan Iqram di situ dan aku terus berlalu ke tilam empukku untuk beradu kembali.Aku menyelimuti tubuhku yang kedinginan...Tiba-tiba,ada yang menarik selimut yang membaluti tubuhku.
"Em...sejuknya,best jugak kalau dapat tidur ni....."
"Ahhh.........apa u buat ni???aku menolak Iqram sampai jatuh dari tilam empukku.Sesekali nak ketawa pun ada jugak.
"Kalau ye pun janganlah tolak i sampai jatuh ke bawah ni,tak kesian kat i ker???u tidur... i pun nak tidur jugak,lagi pun i ajak u teman i makan u tak nak..."
"Ok,ok i teman u pergi makan tapi u janganlah buat macam ni......"tegasku pada Iqram
"Betul u nak teman i makan???tanya Iqram padaku untuk kepastian.
"Yelah...i teman u makan puas hati???sekarang i minta tolong u tunggu i kat luar..."Aku terus menolak Iqram ke pintu.Belum sempat aku nak menutup pintu Iqram dengan pantas menolak....
"Berapa lama i nak kena tunggu u ni????u jangan tipu i tak baik tau....."
"I takkan pintu u,u bagi i masa 15 minit untuk bersiap.....ada apa-apa lagi???Iqram menggeleng dan aku terus  menutup sekali gus mengunci pintu.Takut-takut si Iqram tu berani masuk lagi.Giler punya Iqram berani betul dia masuk ke bilik aku....

Aku mencapai towel dan terus menuju ke bilik air untuk bersiram.....selesaii mandi aku mengeluarkan pakaian dari beg yang ku bawa.Aku mencari pakaian untuk di pakai....akhirnya aku memilih untuk memakai Jeans dan Blouse pink..aku mengenakan sedikit bedak dan menyepit rambutku.Penampilan yang simple.

Aku melangkah dan membuka pintu.....kesian pulak aku tengok si Iqram tu berdiri lama di luar,Buat apa pulak aku nak kesian-kesian kat dia....sendiri mahu ingatlah siapa suruh paksa-paksa aku ikut dia.
"Hem..hem,boleh kita pergi sekarang...?kataku pada Iqram yang termenung jauh sampai aku keluar pun tak sedar.
"Boleh sangat-sangat...."jawab Iqram sambil merenung aku.
Aku jadi tak tentu arah.Aku terus melangkahkan meninggalkan dia di belakang dan kemudian Iqram menyusurku.Sesekali mata Iqram tidak lepas memandangku.

..................................................................................

Kami sampai di lobi hotel...dan aku ingatkan Iqram nak bawa aku makan kat hotel ni tapi rupanya dia nak bawa aku makan kat luar...geram betul aku dengan dia ni.Tadi cakap nak makan kat bawah ni je sekarang kat lain pulak.Terpaksalah melintasi jalan-jalan yang cukup sesak..

Walaupun sudah agak malam keadaan di Switzerland waktu ini,agak sibuk sesibuk bandaraya Kuala Lumpur.Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Ketika ingin melintasi jalan...Iqram memegang dan menarik tanganku.Aku merasa terkejut dengan tindakan Iqram padaku.Ah,mungkin kerana dia risaukan aku untuk membiarkanku melintasi jalan sendiri...memang tanggungjawab dia menjaga aku sebab dia yang ajak aku temankan dia.Tapi,
kenapa tiba-tiba aku dapat rasakan sesuatu yang lain dari yang lain.Perasaan yang aku sendiri tak mengerti....satu debaran yang hadir di kala ini.Sepanjang perjalanan kami hanya membisu...membisu seribu bahasa.Sudah penat kakiku berjalan ke sana ke mari.Ni tak boleh jadi ni.

"Mana u nak pergi ni kaki i ni dah sakit tau jalan-jalan dari tadi....."rungutku pada Iqram.
"Sabarlah,ni kita dah sampai dah pun...."pujuk Iqram padaku.
"Dari tadi kita pusing sana pusing sini...kat sini ke u nak makan???
"Janganlah marah...sayang i saje je nak kenakan u.."
"Ey,tak payah nak bersayang-sayanglah dengan i geli tau..."
"Makin u marah makin nampak cantik pulak i tengok...."

Akhirnya,kami tiba di sebuah restoran mcdonalds...yang dipenuhi ramai orang.Em,aku ingatkan mana tempat si Iqram ni nak pergi makan jalan punya jalan pusing punya pusing kat sini.Iqram sengaja nak kenakan aku..tak apa hari ni hari dia nanti tahu apa aku nak buat dengan dia.Iqram, menyuruhku  mencari tempat duduk.Manakala Iqram dia akan membelikan makanan...baguslah,sekurang-kurangnya tak payahlah aku beratur panjang.Tapi,yang aku tak puas hati si Iqram ni langsung tak tanya apa aku nak makan...geramnya aku kat dia ni,apalah malang nasib aku jumpa dengan dia.Hidup aku tak pernah aman.

Tiba-tiba fonku berdering,segera aku mencari-cari di dalam tas tangan...Em,ingatkan siapa rupanya abangku Izham.
"Assalamualaikum,Risya???
"Waalaikumussalam,abang..."
"Khalish kat mana tu,bising je bunyinya....."soal abangku
"Ris...ya kat restoran nak makan...."
"Baru nak makan.dah malam-malam macam ni???soal abangku lagi
"Risya,teman kawan Risya makan ni...."jawabku dengan tenang.
"Owh...macam tu,takpelah.Ni kenapa sampai tak call abang bagitahu???
"Tak sempat...nak bagitahu abang,sorry!!!
"Kalau macam tu tak mengapalah,duk tempat orang tu baik-baik..."
"Yelah,Risya tahu..Risya kan adik abang yang baik...."
"memang pun abang tahu....Mama dengan papa ada tanya pasal Risya kat abang,tapi abang cakap abang tak tahu Khalish kat mana..."
"Thanks..abang Risya sayang abang..."
"Oklah,kalau macam tu abang ada kerja nak buat ni,nanti ada masa abang call lagi. Bye...assalamualaikum..."
"Bye..abang.Waalaikumussalam..."

................................................................................................

"Mengelamun jauh nampak...."tiba-tiba Iqram datang tanpa aku sedari.
"Mana ada..."jawabku ringkas
"Yelah tu..sampai i datang pun tak perasan.."jawab Iqram seakan merajuk.
Aku hanya mendiamkan diri....tanpa sebarang bicara.Iqram memberiku makanan yang dibeli.Aku hanya akur dengan pemberiannya....Tak sabar rasanya lepas makan ni nak balik sambung tidur yang terganggu.Sedang aku menjamu selera.....Iqram memandang aku.
"Siapa yang call u tadi..."soal Iqram paduku inginkan kepastian.
"tak ada sesipalah...."
"yelah tu,mesti boyfriend u callkan???seakan menduga aku
"Kalau ye kenapa...???aku menduganya kembali.
"Tak ada apa saja i tanya...kalau betul tak apalah..."

Aku dapat tengok perubahan air muka Iqram...entah kenapa dia berubah seakan-akan tidak 'happy' seperti selalu...adakah aku ada melakukan kesilapan padanya???aku sendiri tidak pasti apakah kesalahanku itu...aku dan Iqram hanya membisu.

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura