Wednesday, 2 November 2011

ADAKAH CINTA 1

BAB 1

Tidak lama lagi hari pernikahanku...... sekarang aku akan menjadi telah menjadi tunangan orang dan dalam kurang dari dua bulan aku akan menjadi isteri orang. Apakah aku sudah bersedia???aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang sedih,kecewa,marah atau gembira sejak aku mengetahui perkara itu...tapi yang pasti air mata ini tidak pernah henti-henti mengalir dan terus mengalir tanpa aku paksa.

Berkahwin dengan orang yang tidak aku kenali sama sekali orang yang aku cintai......Aku tidak pernah mengenali siapakah gerangan lelaki yang akan menjadi tunanganku dan tidak lama lagi "dia" akan menjadi suamiku.....aku juga tidak tahu samada lelaki itu mencintai aku atau tidak......semua ini rancangan keluargaku dengan keluarga sebelah lelaki.

Aku tidak pernah sekali pun aku bertemu dengan tunangku itu.....bila mamaku ingin menunjukkan gambarnya padaku....aku akan memberikan seribu alasan.Pernah juga "tunangku" itu menghubungiku dan mengajakku keluar...tapi,selalu aku menolak pelawaannya dengan pelbagai alasan....bila familyku,mengajak tunangku makan malam di rumah begitu juga aku akan melarikan diri dengan pelbagai alasan yang langsung tak masuk akal....kadang-kadang terpaksa tipu sunat pun ada.....tak pasal-pasal dapat dosa kering.

Sejak itu jugalah,aku tidak mengenali siapakah tunang aku itu......orangnya macam mana pun aku tak tahu....memang ada juga kawan-kawan sekuliahku mengejekku...tunang sendiri pun tak kenal.Tapi,aku sedikit pun tidak mengambil hati dengan best friend's aku.Aku tahu apa yang dikatakan best friend aku semuanya betul.....

Aku sudah bertekad untuk pergi tenangkan diriku untuk sementara waktu aku akan pulang dalam masa yang terdekat....tapi,kemana harus aku pergi.Nak pergi mana yang tu nanti boleh fikir kemudian yang penting aku mesti keluar dari rumah ni dulu.Tiba-tiba abangku Izham masuk ke bilikku tanpa aku sedari ketika tengah aku mengemas pakaianku untuk keluar dari rumah.....

"Risya,apa yg adik bt ni???dengan pandang tajam abangku padaku
"Abang tolonglah,biarkan Risya keluar dari rumah ni...tolonglah Risya abang,Risya cuma nak pergi sekejap je,nanti Risya akan balik semula sebelum hari perkahwinan Risya.
"Tapi,Risya perbuatan Risya ni memang salah....."
"Abang selama ni Risya tak pernah minta apa-apa dari abang dari Risya kecil sampailah sekarang!!!
"Abang Risya janji dengan abang Risya takkan malukan family kt????kenapa abang diam?????Risya janji abang Risya janji.
"Apa pun alasannya Khalish tidak boleh buat macam tu"
"Abang,Risya merayu pada abang......tolonglah Risya kali ni je Risya minta.

Abangku terdiam seketika...tiba-tiba abangku menolongku menegemas pakaianku dan memasukkannya ke dalam beg.....Abangku pergi ke biliknya sebentar,dan kembali semula tidak sampai lima minit......

Abang,memberi sesuatu kepadaku....yang berada di dalam satu bungkusan plastik.Tanpa membuang masa mengambil dan memasukkannya ke dalam handbeg.Nasib hari ni,mama dengan papaku tiada di rumah jadi senang untuk aku "lari dari rumah"...dengan bantuan abangku.

Sebelum melangkah keluar aku masuk ke bilik mama dengan papa untuk meletakkan sepucuk surat yang tertulis.......


Assalamualaikum......

Mama & Papa,
Risya ingin memohon sejuta kemaafan dari mama and papa.....Risya pergi bukan untuk mengingkari arahan papa and mama.Risya pergi untuk menenangkan hati Risya menerima calon yang papa pilih untuk Risya.Risya tidak mahu menjadi anak derhaka.Risya tahu papa & mama ada hak untuk menentukan kehidupan Risya.....selama ni papa & mama memberikan kasih sayang yang cukup pada Risya tidak pernah sekali pun keinginan Risya Papa hancurkan....and now Risya akan ikut cakap mama &papa....maybe ni jalan yang terbaik untuk Risya.

Berilah,peluang untuk Risya...menentukan tenangkan diri dengan cara Risya sendiri Papa and Mama Risya mohon izin untuk keluar dari rumah sementara waktu. Di harapkan sepanjang ketiadaan Risya akan dapat belajar sesuatu yang baru apa yang terbaik untuk Risya dan Risya amat berharap Papa and Mama dapat mengizinkan Risya pergi......

Mama & Papa,

Janganlah,risau pasal diri Risya tahu la Risya jaga diri .Risya janji nanti Risya akan balik Risya sebelum hari pernikahan Risya.Risya cuma pergi cuma ingin mencari ketenangan fikiran Risya sekejap saja.....doakanlah Risya di mana jua Risya berada yer.
Sekian,

ANAKMU,
RISYA


Abangku menghantarku ke hotel Lagenda...yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur,menurut abangku petang nanti selepas menhantar aku check in abangku akan mendaftar aku untuk mengikuti satu rombongan perlancongan ke Switzerland.

Abangku sudah lama pergi meninggalkan aku kerana abangku ingin berjumpa dengan kawannya.Aku berehat di dalam bilik hotel tersebut....untuk menunggu esok pagi.
....................................................................................................................

Abangku sudah seawal pagi sampai...menurut abangku mama dan papaku bimbang denganku dan menyuruh abangku mencariku.Selepas sarapan pagi aku terus melangkah keluardari hotel itu bersama dengan abangku....abangku mengahantarku ke lapangan terbang KLIA.......Abangku mencadangkan kemana harusku pergi.....Menurut abangku,untuk sementara aku harus mengikuti rombongan pelancongan kawannya ada di sana jadi dia boleh membantuku sewaktu aku di sana nanti.....baru dua kali aku ke Switzerland,tu pun sewaktu bercuti bersama Familyku....jadi aku tidak tahu sangat tempatnya macam mana.

Tidak lama kemudian kami sampai ni KLIA.Abangku melilau mencari sahabatnya....... Akhirnya, abangku mengajakku ke sekumpulan orang.Abangku bersalam dengan orang lelaki yang tidak aku kenali,begitu jugak aku.Abangku kenalkan aku dengan lelaki tersebut.Tahulah aku yang lelaki itu adalah sahabat abangku.Kemudian lelaki tersebut memanggil manager yang akan mengikuti rombongan tersebut dan mengenalkan aku serta abangku.....

Sekejap lagi aku akan bertolak....Aku memeluk abangku,pasti aku akan merinduinya.Selama ni pun abangku yang begitu mengambil berat tentang diriku...Mama dengan Papa tiada masa untuk aku,sibuk dengan bisnes katakan...Aku selalu berkongsi masalah dengan abangku tidak pernah sekali pun kami akan terpisah jauh......dan sekarang abangku tiada di sisiiku lagi untuk mendengar segala kelu kesah hatiku.....

Tanpa berlengah lagi aku terus melangkah mengikuti rombongan tersebut untuk menaiki pesawat yang akan berlepas kurang dari 15 minit dari sekarang....aku melambai-lambai ke arah abangku sambil melangkah..Lama kelamaan aku tidak lagi nampak abangku kerana sekarang aku sudah masuk ke dalam pesawat.....

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura