Monday 12 December 2011

ADAKAH CINTA 10

BAB 10

Di dalam bas ketika itu,sunyi sepi...tiada kedengaran satu pun suara-suara,mungkin masing-masing kepenatan kena berjalan-jalan selama dua jam di Capital City of Switzerland.Begitu juga dengan Risya kepenatan sampai tertidur....namun sebaliknya dengan Iqram.

Risya tidur di bahu Iqram.....Iqram,merasakan kebahagiaan yang begitu indah dalam hidupnya kerana Risya selamat di sisinya.Tidak lagi dia merasakan kerisauan waktu ini.Risya tidur dengan lenanya.....di buai mimpi agaknya.Perasaan tidak puas hati tadi sama sekali telah hilang bila melihat Risya di sebelahnya.

.........................................................................

Adam sesekali memandang Risya yang lena di tidur di bahu Iqram.Entah kenapa perasaan cemburu mula menghantui dirinya.....Adam bertekad untuk mendekati Risya walau macam mana cara sekali pun....dia tidak akan membiarkan Risya terlepas dari tangannya.Adakah Adam juga sudah jatuh cinta pada Risya????Adakah cinta yang di rasai oelh Adam?????ye,semamangnya Adam sudah jatuh cinta pada Risya........

Tapi,keadaan sekarang agak susah untuk aku mendekati Risya kerana adanya mamat poyo yang bernama Iqram.Kenapa tiap kali aku mendekati Risya mamat poyo tu selalu buat muka tak puas hati dengan aku.....dan tiap kali itu juga dia akan membuat Risya marah untuk menarik perhatian Risya.

Hisy ni tak boleh,jadi ni tak boleh jadi.....mesti dia ada hati pada Risya.Nampaknya,sekarang aku ada saingan.....saingan lain aku tak hairan walaupun ada juga dua,tiga orang mamat-mamat kat sini nak mendekati Risya tapi kalau Iqram,memang bahaya untuk aku dapatkan Risya.Aku mesti jauhkan Risya dari Iqram tapi macam mana caranya.Iqram selalu ada dengan Risya.Takkan nak main taktik jahat kot.

...............................................................................

Tiba-tiba bas berhenti mengejut......dan membuatkan Risya terjaga.Dia melihat Iqram sedang lena tidur dan kepala Iqram lentok di kepala Risya.
"a...u bangun la....."Risya mengejut Iqram.
"apa ni...kacau orang nak tidur...."
"a...bangun la,tengok apa u buat ni???
"i buat apa???tanya Iqram.
"Boleh tak u tidur jauh-jauh sikit dari i.....jangan nak duduk dekat-dekat i.
"owh....u nak suruh i tidur jauh-jauh dari u plak,sedangkan u yang pinjam bahu i buat bantal boleh u suruh i jauh-jauh dari u"jawab Iqram.
"yeker,mana ada..."merah padam muka Risya
"u tidur mana nak tahu.....nasib baik i ni baik tau,sebab bagi pinjam bahu i untuk jadi bantal busuk u untuk tidur kalau tak i bagi je u tidur tak berbantal baru padan muka u.
"i pun tak ingin la nak tidur kat bahu u tu.....tapi macam mana pun thanks sebab bagi i tidur berbantalkan bahu u tu........"
"macam tak ikhlas je...."kata Iqram
"Habis tu,u nak i cakap macam mana????sujud kat kaki u and say sorry???
"kalau u nak buat macam tu pun ok juga sebenarnya....i tak kisah pun."
"eee..mengadalah u ni...."Risya menarik muka masam
"makin u marah makin nampak cantik....."Iqram menyangkap Risya.Risya hanya buat tak tahu je, geram dengan Iqram.....ada je yang Iqram buat untuk sakitkan hati Risya.

............................................................................

Betul cakap Adam,Iqram selalu membuat Risya marah sebab dia ingin menarik perhatian Risya.Iqram ingin Risya sedar yang tunang,yang tidak pernah dia kenali akan sentiasa berada di sisinya......
walaupun kadang kala terpaksa menyakiti hati Risya.Bukan Iqram tidak mahu memberitahu Risya perkara sebenarnya,tapi dia takut Risya akan menjauhi dirinya......

Mungkin saat ini bukan masa yang terbaik untuk Iqram memberitahu Risya siapa dirinya yang sebenar.Risya perlukan masa untuk mengenali siapa diri Iqram.Biarlah Risya menilai dirinya terlebih dahulu.Bila tiba saatnya,Iqram akan memberitahu Risya siapa dirinya pada Risya.

..............................................................................

Risya aku tidak mahu kehilangan kau.....sama sekali tidak,aku tidak sanggup untuk kehilangan kau. Dulu aku tidak pernah berpeluang untuk mengenali siapa kau...tapi sekarang walaupun beberapa hari aku mengenali kau....aku sudah tahu siapa kau sekarang ni...Janganlah,kau menjauhkan diri kau daripadaku......aku ingin sekali berada di sisimu sebagai tunang seperti orang lain tapi apakan daya aku...aku tidak mampu untuk memgakui siapa diriku sebenar.

Aku tidak mahu melihat kau bersedih...kalau kau bersedih aku yang terasa susah hati kerana salah aku menyakiti hati kau.....sesekali Iqram menjeling Risya yang berada di sebelahnya.

No comments:

 

Copyright by Ruzie,dESIGN BY Izza Sakura